Mungkinkah Tun M bergabung dengan PH kembali?

SAYA ditanya soalan mengenai mungkinkah Tun Dr Mahathir bergabung dengan PH kembali? Jawapan saya ialah:

Advertisement

(1)    Bolehkah pengikut Tun Dr Mahathir menelan kata-kata pemimpin kanan PAN, Khalid Samad, hari ini bahawa Tun Dr Mahathir mahu menjadi seorang diktator?
(Petikan penuh kenyataan Khalid Samad: “Tun M wants a mandate for himself on a personal capacity, no ties, no commitments to anyone. Full and total authority. How can we agree to a dictatorship?”)

(2)    Bolehkah pengikut Tun Dr Mahathir menelan kata-kata pemimpin kanan DAP, Lim Kit Siang, hari ini bahawa Tun Dr Mahathir bodoh dan berfikiran singkat?
(Petikan penuh kenyataan Lim Kit Siang: “It is foolish and short-sighted to purportedly establish a national unity government by destroying the Pakatan Harapan Government.”)

(3)    Bolehkah pengikut Tun Dr Mahathir menelan kata-kata pemimpin tertinggi PKR dan PH, Dato’ Seri Anwar Ibrahim, hari ini bahawa Tun Dr Mahathir hauskan kuasa?
(Petikan penuh kenyataan Datuk Seri Anwar Ibrahim: “Tentunya ketidakstabilan politik akibat perbuatan individu yang hauskan kuasa menyebabkan keresahan rakyat dan memberi impak kepada ekonomi.”)

Begitulah juga sebaliknya: Sanggupkah pemimpin-pemimpin PH ini menarik balik kata-kata terbaru mereka kepada Tun Dr Mahathir ini?

Tepuklah dada, tanyalah selera.

DR KAMARUL ZAMAN HAJI YUSOFF – HARAKAHDAILY 27/2/2020