Siapa yang tertipu dan siapa yang terkena?

Krisis politik Malaysia

Ahad, 23 Februari 2020:
(1)    11 Ahli Parlimen PKR keluar parti dan BERSATU keluar dari PH membawa bersamanya 26 Ahli Parlimen.
(2)    11 Ahli Parlimen PKR yang keluar parti, 26 Ahli Parlimen BERSATU serta Ahli-Ahli Parlimen blok pembangkang diketuai oleh Umno dan PAS menyerahkan akuan bersumpah kepada Yang di-Pertuan Agong bagi menyatakan sokongan kepada pembentukan sebuah kerajaan baru tanpa DAP yang diketuai oleh Tun Dr Mahathir Mohamad.

Advertisement

Isnin, 24 Februari 2020:
(1)    Tun Dr Mahathir Mohamad meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri.
(2)    Ahli-Ahli Parlimen DAP, PAN dan PKR menyatakan sokongan kepada pengekalan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri.

Selasa, 25 Februari 2020:
(1)    Tun Dr Mahathir Mohamad mengumumkan cadangan pembentukan kerajaan perpaduan, yang disertai oleh DAP, kepada ketua-ketua parti blok blok pembangkang.
(2)    Ahli-Ahli Parlimen blok pembangkang yang diketuai oleh Umno dan PAS menarik balik sokongan kepada Tun Dr Mahathir Mohamad setelah tidak berpuas hati dengan cadangan kemasukan DAP di dalam kerajaan baru, tidak mencalonkan sesiapa untuk jawatan Perdana Menteri dan meminta Yang di-Pertuan Agong membubarkan Parlimen.

Rabu, 26 Februari 2020:
(1)    26 Ahli Parlimen BERSATU kekal menyokong Tun Dr Mahathir Mohamad.
(2)    Ahli-Ahli Parlimen DAP, PAN dan PKR menarik balik sokongan kepada Tun Dr Mahathir Mohamad dan mencalonkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri.

Soalannya sekarang:
(1)    Mengapakah Ahli-Ahli Parlimen DAP, PAN dan PKR mengkhianati Tun Dr Mahathir Mohamad?
(2)    Apakah penarikan balik sokongan Ahli-Ahli Parlimen blok pembangkang serta Ahli-Ahli Parlimen DAP, PAN dan PKR kepada Tun Dr Mahathir Mohamad ini boleh disifatkan sebagai undi tidak percaya kepada beliau?
(3)    Apakah boleh Datuk Seri Anwar Ibrahim mengetuai sebuah kerajaan minoriti yang disokong oleh tidak sampai separuh daripada Ahli-Ahli Parlimen?
(4)    Apakah mungkin Tun Dr Mahathir Mohamad menasihati Yang di-Pertuan Agong supaya membubarkan Parlimen?
(5)    Jika Tun Dr Mahathir Mohamad menasihati Yang di-Pertuan Agong supaya membubarkan Parlimen, apakah Yang di-Pertuan Agong akan memperkenankannya?

Siapa yang tertipu dan siapa yang akan terkena?

DR KAMARUL ZAMAN HAJI YUSOFF – HARAKAHDAILY 27/2/2020