12 mesej rundingan untuk ahli politik

(1) LETAKKAN Islam sebagai kepentingan tertinggi. Segala keputusan mestilah tidak merugikan kelangsungan agama.

(2) Jangan biarkan DAP kembali menjadi Kerajaan Pusat. Merekalah punca sebenar keretakan Kabinet.

(3) Menyokong Anwar hanya akan membuatkan kerajaan didominasi oleh bukan Islam. Beliau terlalu pragmatis sehingga sanggup berkompromi dengan nasib agama, bangsa dan negara.

(4) Letak tepi dahulu siapa akan jadi TPM dan komposisi Menteri Kabinet. Perjuangan ini bukan untuk kepentingan peribadi.

Advertisement

(5) Selain dari penolakan terhadap DAP, turuti sahaja kemahuan Tun M. Fahami nature beliau sebagai seorang autokratik.

(6) Bentuk Kabinet yang mampu survive untuk halang Anwar setelah ketiadaannya. Setakat ini masih belum kelihatan tokoh yang cukup kuat selain Tun M bagi menyaingi beliau.

(7) Libatkan bukan-Islam dan bukan-Melayu dalam Kabinet yang anti-DAP atau anti keluarga Lim. Buktikan Kabinet baharu bukan ekstremis, rasis dan fasis.

(8) Bubar Parlimen sekiranya tiada jalan untuk bentuk kerajaan tanpa DAP. Namun jika untuk divide and rule masih boleh kompromi.

(9) Ambil kira kuasa yang ada pada institusi diraja. Banyak peruntukan Perlembagaan yang belum benar-benar dipraktiskan.

(10) Tolak sebarang bantuan atau campur tangan asing. Tentu sekali Barat tidak akan membiarkan negara umat Islam ini terlepas dari cengkaman mereka.

(11) Jangan beri ruang kepada pihak tertentu mengheret negara ke dalam situasi huru-hara. Proses perubahan kuasa perlu berjalan secara aman.

(12) Kukuhkan sistem Federalisme. Tolak sebarang konsep autonomi.

ALANG IBN SHUKRIMUN – HARAKAHDAILY 28/2/2020