NGO, Tun Haniff serah memo kepada YDPA

KUALA LUMPUR: Badan-badan bukan kerajaan (NGO) Melayu Islam telah menghantar satu memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara pagi ini.

Advertisement

Penyerahan memorandum yang diketuai Majlis Perundingan Melayu (MPM) itu diterima wakil dari pihak Istana, iaitu Setiausaha Sulit Kanan YDPA, Kolonel Dato’ Nazim Mohd Halim.

MPM yang diketuai Tun Mohamed Haniff Omar bersama bekas Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Abu Zahar Ujang dan bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan mempersembahkan Memorandum Menyelamatkan Malaysia daripada kehancuran kepada pihak Istana.

Ketiga-tiga tokoh negarawan tersebut memasuki istana pada jam 9.50 pagi dan selesai menyerahkan memorandum pada jam 10.12 pagi.

Bagaimanapun, isi kandungan memorandum adalah sulit dan tidak dikongsi kepada umum.

Antara NGO yang kelihatan ialah Persekutuan Silat Kebangsaan Silat Malaysia (Pesaka), Persatuan Pegawai-Pegawai Kanan Polis Bersara (Respa), Gerakan Pembela Ummah (Ummah), Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (Gamis), Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (Pembela), Gerakan Pengundi Sedar (GPS), Persatuan Veteran ATM dan lain-lain lagi.

Berita lanjut menyusul.- HARAKAHDAILY 28/2/2020