Rakyat bertenang hadapi krisis politik

KOTA BHARU: Rakyat di negara ini diminta bertenang menghadapi suasana krisis politik yang berlaku sekarang.

Advertisement

Menteri Besar Kelantan, Ustaz Dato’ Bentara Kanan Ahmad Yakob berkata, rakyat perlu yakin terhadap kebijaksanaan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menyelesaikan perkara itu.

Malah menurutnya, hari ini Majlis Raja-Raja mengadakan mesyuarat khas di Istana Negara.

“Saya difahamkan mesyuarat khas akan diadakan. Kita berharap mesyuarat tersebut dapat mencari penyelesaian mengikut kebijaksanaan Raja-Raja Melayu kita,” ujarnya selepas kuliah di Medan Ilmu hari ini.

Beliau yang juga Timbalan Mursyidul Am PAS menerangkan, setiap masalah yang berlaku perlu kembali kepada ajaran Islam sebagai jalan penyelesaian. – HARAKAHDAILY 28/2/2020