DAP jadi ‘dalang’ pecahkan BERSATU?

DAP dahulu jadi dalang pecahkan PAS, parti Islam.

Advertisement

Hari ini, selepas lima tahun, DAP kembali jadi dalang pecahkan BERSATU, parti Melayu.

Dato’ Seri Tuan Guru, Dato’ Seri Abdul Hadi Awang telah berjaya selamatkan PAS daripada tipu daya mereka dengan jayanya. PAS begitu gagah hari ini, insya Allah.

Doakan tipu daya DAP disedari semua umat Melayu hari ini termasuk para pemimpin dan ahli BERSATU.

Di sisi DAP, Islam dan Melayu sama saja. Wajib dipecah-pecahkan.

Samada cucu, anak atau atuk, yang terpedaya dengan tipu daya DAP adalah yang paling lemah daripada kalangan kita.

Untuk memimpin negara, jangan ambil Melayu yang lemah. Atuk hari ini akan semakin atuk hari esok. Tua menuju renta..

Kekuatan ketuaan adalah menasihati, bukan lagi memimpin. – HARAKAHDAILY 29/2/2020