‘Game’ tak habis lagi!

GAME tak habis lagi. Masih perlukan kenyataan GPS dan Warisan secara rasmi. Semua ini akan disahkan apabila dibuat di Parlimen, dengan perkenan Yang di-Pertuan Agong (YDPA), bukan di medsos.

Advertisement

Jadi jangan terlalu ke depan. Ramai yang lupa. Lihat, Tun Mahathir Mohamad sudah umum pusing balik ke PH sebab alasan dia tetap tidak nak Umno.

Sedikit sebanyak, ia akan kena kepada PAS juga. Semua maklum, hanya PAS yang bersih dan hanya PAS terima Umno. Tun M hanya perlu kiasan sahaja bagi memberitahu dunia.

Sedangkan dalam ucapan Tan Sri Rashid di perhimpunan Bersatu dulu, jelas mahukan projek-projek dipegang Bersatu. Sepatutnya tindakan dalaman dikenakan.

Kita juga perlu sedar apabila Anwar membuat kenyataan bahawa sokongan kepada beliau telah dirampas, ia boleh membawa kepada kemungkinan yang beliau akan bertindak balas dengan kadar segera.

Ditambah lagi orang kuat beliau Cikgu Fariz Musa yang turut menyiarkan satu ‘print screen’ tanpa sumber (biasalah tu bila kalah) akan adanya belian AP.

Kenyataan itu mungkin reverse pshyco untuk memberitahu secara kiasan, ada jual beli dari pihak lain terhadap AP-AP yang kononnya mahu menyokong Anwar. Sedangkan sebenarnya, tiada perjanjian apa-apa bagi pihak mereka untuk menyokong Anwar.

Apa langkah Anwar seterusnya, pasti akan lebih agresif kerana ini adalah do or die battle bagi dia mengejar mahkota PM.

Jika penggal ini dia masih gagal, dan ditakdirkan kes beliau dengan Yusof Rawther sangkut, maka kelihatan pada naluri manusia yang lemah ini, beliau boleh menutup terus impiannya itu.

Manakala Sabah dan Sarawak pastinya mahukan suatu jaminan yang tuntas daripada rakan baharu mereka. Sarawak yang telah dihina oleh DAP dengan kegagalan PH memberikan pembangunan seperti sekolah, tidak mahu kelihatan dungu lagi.

Apatah lagi PRN yang tidak berapa lama lagi, mereka mahukan undi rakyat dan rakyat kemudiannya diberikan kemajuan.

Digelar deposit BN dahulu, sekarang mungkin boleh tersenyum gembira dengan perolehan demi perolehan yang bakal diterima dari pusat sebagai tanda ucapan terima kasih atas sokongan mereka.

Jika mereka benar-benar memanafaatkan peluang ini, ia akan menjadi ‘King Maker’ yang benar-benar berbaloi bagi pihak mereka, sekurang-kurangnya sehingga penggal ini.

Jangan lupa kepada Bersatu di Kedah. Mereka berselingkuh dengan PH, sedangkan telah jelas Bersatu sudah keluar dari PH. Ini semua pasti akan memanjangkan lagi pertembungan. Atau mungkinkah strategi Tun membuat pusingan itu hanya mahukan sesuatu dari Anwar? Wallahua’lam.

Oleh itu, penyokong MN, perlu bersabar. Jangan kita ingat Anwar itu sudah menyerah atau bodoh. Akan ada strategi-strategi beliau bagi merampas kembali kemenangan yang suatu masa dahulu telah berada di hadapan pintunya.

Teruskan berdoa, demi kesejahteraan Islam dan negara kita.

MOHD NASIR ABDULLAH
29 Februari 2020 – HARAKAHDAILY 29/2/2020