Kerajaan Perak bakal beralih?

KUALA LUMPUR: Kerajaan Negeri Perak dijangka akan beralih gabungan kemudiannya apabila Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi BERSATU, Dato’ Seri Ahmad Faizal Azumu membayangkan demikian.

Advertisement

Ujarnya, Kerajaan Negeri akan terbentuk mengikut acuan di Putrajaya sekarang.

Faizal yang juga Ahli Parlimen Tambun berkata, beliau akan membincangkan bentuk kerjasama dengan ADUN lain di bawah Perikatan Nasional.

Bagaimanapun jelasnya lagi, beliau perlu pulang segera ke Perak bagi menghadap Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah bagi memaklumkan mengenai perkembangan politik terkini.

“Mungkin sudah,” katanya ringkas ketika ditanya sama ada beliau mempunyai sokongan majoriti Dewan Undangan Negeri untuk kerajaan baharu.

Sebelum ini, Kerajaan Perak dibayangi DAP sebagai parti dominan dalam pemerintahan kerana memiliki lebih majoriti dalam Pakatan Harapan.

Umum memahami banyak kegoncangan berlaku akibat dominasi parti berkenaan. – HARAKAHDAILY 1/3/2020