Beri perhatian kepada FELDA

INILAH waktunya untuk kerajaan baharu memperbetulkan kesilapan kerajaan terdahulu bagi memulihkan FELDA syarikat konglomerat besar kluster perladangan orang Melayu yang pernah gah di seluruh dunia.

Advertisement

Sejak awal penubuhan sehinggalah era tranformasi FELDA di zaman perintah Datuk Seri Najib Tun Razak dan seterusnya Felda diletakkan di bawah Menteri Ekonomi pada zaman Kerajaan Pakatan Harapan, FELDA dilihat melalui beberapa fasa kegemilangan dan hinggalah bergelumang dengan masalah.

Penyenaraian FGV adalah punca utama FELDA hilang Fokus dan menghadapi krisis aliran tunai yang teruk. Pemisahan antara dua entiti besar ini memberi kesan lansung kepada FELDA apatah lagi kedudukan FGV juga goyah.

Dengan pembentukan Kerajaan Baharu ini, sewajarnya bakal Menteri yang akan menjaga FELDA nanti perlu merombak semua mana-mana bahagian yang menjadi punca permasalah besar FELDA.

Kerajaan PH tampil dengan Kertas Putih sebelum ini, tetapi ianya hanya perancangan pemulihan retorik sahaja dan bukan jalan penyelesaian yang tuntas.

Besarlah harapan warga peneroka Felda dari kalangan waris 112, 365 peneroka, warga pekerja pengurusan diyakinkan tindakan akan diambil nanti benar-benar mampu memulihkan FELDA , FGV dan seluruh perkara berkaitan.

Sekian.


NARAZA MUDA
Presiden Pertubuhan Generasi Warisan Kebanggsaan (GENERASI)
HARAKAHDAILY 2/3/2020