Beri k’jaan baru peluang lakukan tugas

BADAN Perhubungan PAS Negeri Sarawak (BPPNS) mendukung sepenuhnya keputusan Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Agong di atas pelantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri ke-8.

Dengan pelantikan itu secara tidak langsung dapat menyelesaikan krisis politik yang berlaku beberapa hari lalu di negara ini. Mudah-mudahan, dengan pelantikan Perdana Menteri yang baru dengan sokongan parti kerajaan Sarawak ia dapat membawa banyak manfaat kepada rakyat Sarawak.

Kerjasama erat antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri membolehkan lebih banyak projek untuk rakyat yang telah diabaikan selama bertahun-tahun boleh disambung semula.

Advertisement

Sementara itu, banyak projek rakyat telah digantung kerana perbezaan politik antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri pada masa lalu, yang dapat diselesaikan dengan melantik beberapa wakil Kerajaan Negeri yang dipilih untuk bersama di Kabinet baru nanti.

PAS Sarawak menyeru Kerajaan Persekutuan untuk menyediakan lebih banyak projek untuk rakyat Sarawak dengan menyediakan kemudahan asas terutama kepada penduduk luar bandar yang masih jauh dari arus pembangunan. Marilah kita memberi tumpuan kepada membangunkan negara ini daripada terus bermain politik yang tidak memberi manfaat kepada rakyat.

PAS Sarawak juga menyeru rakyat Sarawak untuk bersatu tanpa mengira fahaman politik dengan memberi kerajaan baru peluang untuk memenuhi keperluan rakyat. Semoga Tan Sri Muhyiddin Yassin sentiasa tabah dan berada dalam kesihatan yang baik dan boleh membantu menyelesaikan masalah ini dengan membentuk sebuah Kabinet baru yang lebih baik daripada sebelumnya dan mendapat kerjasama semua pihak.

JOFRI JARAIEE
Pesuruhjaya PAS Sarawak

English version

Give the new government a chance to do its tasks

Sarawak PAS Liaison (BPPNS) fully supports the decision of His Majesty the Yang di-Pertuan Agong on the appointment of Tan Sri Muhyiddin Yassin as the 8th Prime Minister.

With this appointment, it could indirectly resolve the political crisis that occurred a few days ago in this country. Hopefully, the appointment of a new Prime Minister with the support of the Sarawak government party will bring many benefits to the people of Sarawak.

The close collaboration between the federal government and the state government allows for more projects for the people who have been neglected for years can be resumed.

Meanwhile, many people’s projects have been suspended due to political differences between the federal government and the state government in the past, which may be resolved by appointing some elected state government representatives to be together in the new cabinet later.

Sarawak PAS called on the federal government to provide more projects for the people of Sarawak by providing basic amenities especially to the rural population that is far from the current development. Let us focus on developing the country from continuing to play politics that do not benefit the people.

Sarawak PAS also called on Sarawakians to unite regardless of political affiliation by giving the new government a chance to meet people’s needs. May our new Prime Minister, Tan Sri Muhyiddin Yassin always be steadfast and in good health and can help solve this problem by forming a new cabinet better than before and get the cooperation of all parties.

Yours faithfully,
JOFRI JARAIEE
Sarawak PAS Commissioner cum Miri PAS Chief – HARAKAHDAILY 3/3/2020