Setia

AKU TERINGAT kisah askar Jepun di Filipina. Askar ini bernama Hiroo Onoda berperang bagi negaranya. Dia berperang secara Gerila di dalam hutan. Sehinggalah selepas Hiroshima dan Nagasaki dibom oleh Amerika, Jepun menyerah kalah.

Lantas Jepun mengarahkan semua askarnya berundur dari semua negara termasuk Filipina. Oleh kerana masalah komunikasi, maka Kerajaan Filipina telah menaburkan kertas-kertas penerangan bahawa perang sudah tamat dalam bahasa Jepun.

Askar Jepun ini menyangka ia adalah saraf dari pihak Kerajaan Filipina lalu dia tidak mengendahkannya. Hiroo terus berperang dan berperang sehingga tahun 74. Dia juga telah menyusahkan orang kampung dengan mencuri harta benda orang kampung.

Advertisement

Akhirnya Filipina meminta Jepun untuk mengendalikan isu ini. Jepun menghantar bekas Komander pasukan perang askar ini untuk meyakinkan Hiroo bahawa perang telah tamat. Apabila melihat sahaja ketuanya, Hiroo segera patuh. Dan pulang ke Jepun. Begitulah setianya askar ini kepada negara mereka.

PAN masih tak sedar perang politik dah tamat. DAP dah menyerah dan setuju terima Muhyiddin tanpa membangkitkan isu pintu belakang dan menghormati keputusan YDPA yang jelas mengikut lunas undang-undang.

Jadi harapnya DAP tolong rakyat Malaysia untuk memujuk PAN yang sedang sibuk meroyan lagi, sambil kata PM Muhyiddin kerajaan pintu belakang, supaya PAN balik ke pangkal jalan. PAS yang tak terbabit pun dia kutuk. Dengan orang lain, dia tak dengar, dengan tuan dia, dia patuh… tolonglah DAP, teruk sangat dah ini.

MOHD NASIR ABDULLAH – HARAKAHDAILY 3/3/2020

PENAFIAN:
HarakahDaily tidak bertanggungjawab terhadap pandangan yang dikemukakan daripada artikel ini. Ia pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya menggambarkan pendirian HarakahDaily mahupun pendirian rasmi PAS. Segala risiko akibat penyiaran ini menjadi tanggungjawab penulis sendiri.