PAS-Umno Permatang Pauh perkukuh Muafakat Nasional

PERMATANG PAUH: PAS Kawasan dan Umno Bahagian bagi Parlimen Permatang Pauh sepakat bahawa memperkukuh serta meletakkan kepentingan Islam dan bangsa mesti menjadi penegasan Muafakat Nasional.

Advertisement

Yang DiPertua PAS Permatang Pauh, Omar Hasan berkata, kedua-dua parti seia sekata bahawa perkara tersebut menjadi wadah perjuangan yang perlu diterjemahkan dalam kebersamaan diatur PAS dan Umno dalam Parlimen ini.

Perkara tersebut dinyatakan beliau dari pertemuan mahabah pimpinan PAS dan Umno Permatang Pauh yang telah dilangsungkan di The Grand Mulia, Bukit Berangan, di sini baru-baru ini.

Pertemuan bersejarah ini telah membincangkan kerjasama lebih erat selaras kehendak PAS dan Umno di peringkat nasional menerusi penubuhan Sekretariat Muafakat Nasional di peringkat Parlimen.

Seru Omar, ahli-ahli PAS juga wajib memahami hasrat Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang yang meletakkan kepentingan Islam melebihi segalanya.

Beliau juga mengingatkan ahli agar bergerak seiring dengan agenda Muafakat Nasional dan ketika sama memperkukuhkan tarbiyah dalaman menerusi program diadakan jamaah. – HARAKAHDAILY 4/3/2020