SPM: 113 pelajar YIK dapat 9A, 12A

KOTA BHARU: Seramai 113 pelajar Yayasan Islam Kelantan (YIK) mendapat 9A hingga 12A pada peperiksaan Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) 2019 yang diumum hari ini.

Daripada jumlah itu seramai 26 pelajar memperolehi semua A dalam semua mata Pelajaran.

Advertisement

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Pendidikan, Pengajian Tinggi, Sains dan Teknologi, Dato’ Dr Mohamed Fadzli Hassan berkata seramai 5,292 calon daripada sekolah YIK menduduki SPM tahun lepas.

“Pencapaian tahun 2019 lebih baik berbanding tahun sebelum ini, begitu juga yang gagal semua mata pelajar juga menurun tahun ini.

“Bagi maahad kawalan, Maahad Tahfiz al Quran wal Qiraat mendapat Gred Purata Sekolah (GPS) tertinggi (2.21) diikuti Maahad Muhammadi Perempuan (3.00) dan Maahad Tahfiz Tanah Merah (3.18),” katanya pada majlis pengumuman keputusan SPM 2019 di Pejabat Yik di Nilam Puri hari ini.

Bagi kategori maahad pilihan pula, Maahad Muhammadi Tumpat mendapat (4.02); Maahad Saniah Pasir Puteh (4.04) dan Maahad Rahmaniah Kuala Krai (4.56).– HARAKAHDAILY 5/3/2020