PAS alu-alukan pelantikan Azam Baki

PAS mengalu-alukan serta mengucapkan tahniah kepada Datuk Seri Azam Baki yang telah dilantik sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM yang baru oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong hari ini.

Advertisement

PAS yakin pelantikan Datuk Seri Azam Baki amat tepat berdasarkan integriti, pengetahuan serta pengalaman luas beliau dalam SPRM dengan memegang pelbagai jawatan dan mencapai kejayaan menerusi agensi berkenaan. 

PAS juga yakin beliau akan bertindak sebagai peneraju agensi penting negara ini ke arah mencapai tahap negara berintegriti dan bebas rasuah.

DATO’ TAKIYUDDIN HASSAN

Setiausaha Agung PAS – HARAKAHDAILY 9/3/2020