PM masuk Istana sebentar tadi

KUALA LUMPUR: Kenderaan jenis Proton Perdana yang dinaiki Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin baru sahaja memasuki perkarangan Istana Negara dengan diiringi polis sebentar tadi.

Advertisement

Dimaklumkan bahawa Perdana Menteri akan menghadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Riayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini bagi mempersembahkan senarai barisan Jemaah Menteri baharu.

Menurut kenyataan daripada Pejabat Perdana Menteri, Muhyiddin dijadual menghadap Yang di-Pertuan Agong pada jam 11 pagi ini.

Kenyataan tersebut juga menyebut, Muhyiddin dijangka mengumumkan senarai Jemaah Menteri baharu pada jam 5 petang ini setelah mendapatkan perkenan daripada Yang di-Pertuan Agong.

Pengumuman itu akan diadakan di Pejabat Perdana Menteri di Bangunan Perdana Putra, Putrajaya. – HARAKAHDAILY 9/3/2020