Dato’ Dr Khairudin miliki pengalaman luas

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Kuala Nerus, Dato’ Dr Mohd Khairuddin Aman Razali, dilantik sebagai Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi.

Bekas Pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia ini juga adalah seorang usahawan yang memiliki syarikat sendiri dalam perniagaan kosmetik.

Mengambil kira pelbagai cabaran dihadapi sektor perladangan secara menyeluruh, pentadbiran baharu menamakan Ahli Parlimen Tanjung Piai, Datuk Seri Dr Wee Jeck Seng, sebagai Timbalan Menteri I dan Ahli Parlimen Puncak Borneo, Willie Mongin, sebagai Timbalan Menteri II.

Seawal pagi tadi, beliau telah menghantar posting dalam facebooknya yang mendapat perhatian media.

‘Bermula dengan Bismillah’ menjadi viral dan kemudiannya diangkat beberapa akhbar untuk dilaporkan.

Advertisement

Berikut adalah biodata Dr Khairudin yang amat dikenali banyak membantu Terengganu mencapai beberapa kejayaan khasnya dalam industri perhotelan.

1. Nama:

Mohd Khairuddin bin Aman Razali

2. Nama beserta Gelaran :

Dato’ Dr Mohd Khairuddin bin Aman Razali

3. Anugerah

Darjah Indera Mahkota Pahang tahun 2013

4. Kelahiran 9.12.1973 di Kg Baru, Seberang Takir, Kuala Terengganu.

5. Emel: [email protected]

6. Pusat Khidmat Ahli Parlimen Kuala Nerus

11712, Tingkat Atas, Hadapan Pasar Batu 6, Batu Enam, 21200 KUALA NERUS, TERENGGANU.

TEL : 09-6623536

7. Jawatan

Ahli Parlimen Kuala Nerus (2013 – sekarang)

B. Kelulusan Akademik

1. PhD Pengajian Islam, Fakulti Pengajian Islam, UKM (2011)

Kajian “Retorik Partikel Waw dalam al-Quran dan Pengaruhnya Terhadap Terjemahan Makna al-Quran ke dalam Bahasa Melayu”.

2. Master Bahasa dan Kesusateraan Arab, Aal al-Bayt Univ, Jordan (2000)

Tesis: “Petunjuk Partikel Persetaraan dan Genetif di sisi Sarjana Nahu dan Usul Fiqh serta Pengaruhnya Dalam Memahami Teks Syarie”

3. Bachelor Bahasa dan Kesusateraan Arab, Univ of Jordan (1996) (Biasiswa Kementerian Pelajaran Malaysia)

4. Pelajar ke 6 terbaik Sijil Pelajaran Malaysia 1990, Sekolah Menengah Agama Atas Sultan Zainal Abidin, Batu Buruk, Kuala Terengganu (mendapat biasiswa Kementerian Pelajaran Malaysia untuk program Bachelor Bahasa Arab di Jordan)

5. Pelajar Terbaik Sijil Rendah Pelajaran 1988, Sekolah Menengah Agama Sultan Zainal Abidin Ladang, Kuala Terengganu

C. Pengalaman Kerjaya

1. Pensyarah, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia (2002- 2008)

2. Pensyarah, Fakulti Bahasa, Universiti Islam Antarabangsa (1999-2002)

D. Penglibatan dalam korporat, perniagaan

1. Pengarah, RD Beauty Industries Sdn Bhd (2008- 2020) – Pengeluaran, Pengilangan dan Pemasaran Produk Kosmetik dan Makanan Kesihatan

2. Pengarah, DUPP Management Sdn Bhd ( 2010-2020 ) – Perundingan, Pemaju Hartanah & Pembinaan)

3. Pengarah, Lepu Development Sdn Bhd (2018-2020) – Pemaju Hartanah & Pembinaan)

4. Pengurus Darul Fuqaha Enterprise ( 2002 – 2013) – Penerbitan Buku

5. Pengurus Al Marabi Management ( 2004 – 2013 ) – Butik Pakaian, Penyediaan Makanan, Restoren, Bakeri & Pengurusan Umrah & Haji.

E. Jawatan Dalam Kerajaan Negeri Kelantan & Terengganu

1. Panel Penasihat Ekonomi Kerajaan Kelantan (sejak 2014)

2. Pengerusi Pengerusi Lembaga Pengarah, Terengganu Strategic & Integrity Institute & Darul Iman Training Center (sejak 2018)

3. Pengerusi Lembaga Pengarah, Darul Iman Training Center (sejak 2018)

4. Pengerusi Lembaga Pengarah, Paya Bunga Hotel (sejak 2018)

5. Pengerusi Lembaga Pengarah, Duyong Marina & Resort ( sejak 2018)

F. Jawatan Politik

1. Ahli Parlimen Kuala Nerus (2013 – sekarang)

2. Ahli Majlis Syura Ulamak PAS ( 2013 – sekarang)

3. Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat (2013 – sekarang)

4. Pengarah Institut Strategi PAS Pusat (2013 – sekarang)

5. Pengerusi Lajnah Ekonomi, Hartanah dan Pembangunan Usahawan PAS Pusat (2013 – sekarang)

6. Timbalan Pengerusi Lajnah Antarabangsa PAS Pusat (2015-2017)

7. Setiausaha, Dewan Ulamak PAS Pusat (2011-2013)

8. Bendahari Dewan Ulamak PAS Pusat (2009-2011, 2017-2019)

9. Ketua Penerangan, Dewan Ulamak PAS Pusat (2013-2017)

G. Jawatan Amanah Peringkat Antarabangsa

1. Ahli Lembaga Pengarah dan Penolong Setiausaha, The Internasional Islamic Forum of Parliamentarians (IIFP) ( 2018- sekarang)

2. Bendahara Sayap Pemuda, International Conference of Asia Political Parties (2019 – sekarang)

H. Penglibatan dalam pendidikan

1. Pengasas dan Pengerusi Maahad Tahfiz Anak Yatim Darul Fuqaha (2004 – sekarang)

2. Pengasas dan Pengerusi Sekolah Rendah Islam Pintar Tahfiz Fuqaha (2008 – sekarang)

3. Pengerusi Sekolah Rendah Islam Pintar, Kuala Terengganu (2008 – sekarang)

I. Sosial dan dakwah

1. Ahli Majlis Perundingan Islam & Panel Kluster Politik (2016-2018)

2. Pengasas dan Presiden Nadwah Ilmuwan Muslim (2007 – 2013)

3. Pengasas dan Pengerusi Persatuan Prihatin Ummah Malaysia (2013 – 2018)

4. Pengasas Sekretariat Penerbit dan Pengedar Buku Islam Malaysia ( 2008-2013)

5. Ahli Jawatankuasa Kerja Persatuan Ulamak Malaysia (2007 – 2011)

J. Dakwah

1. Penceramah Radio (RTM) slot agama dan bahasa Arab (2000-2013)

2. Penceramah Radio IKIM – slot agama (2004-2013)

3. Penceramah TV (RTM, TV3, Astro) (2000-2013)

K. Penglibatan dalam penulisan

Aktif menulis di dada akhbar dan majalah sebagai kolumnis sejak 1999 di samping penulisan buku.

Penulisan Buku

1. Hukum Berurusniaga Dengan Yahudi Dunia (1999)

2. Hak-hak Bukan Islam Dalam Negara Islam (2000)

3. Adab-Adab Berdoa Dalam Islam (2002)

4. Terjemahan Tafsir al-Munir Juzuk 30 (2002)

5. Hukum Wanita Menjadi Imam Solat Jumaat; Kontroversi Solat Jumaat Dr Amina Wadud (2004)

6. Perspektif Islam Dalam Pelbagai Isu Semasa (2005)

7. Intipan Khalwat Menurut al-Qur’an dan al-Sunnah; Menilai Pandangan Kontroversi Mufti Perlis (2005)

8. Hiburan & Gurau Senda Menurut Islam (2006)

9. Politik & Pilihanraya Menurut Islam (2012)

10. Bahtera Ilmu dan Politik (2013)

11. Membina Negara Sejahtera (2014)

12. Solusi Rakyat (2016)

13. Suara politik Islam (2017)

14. Membina Negara Sejahtera (2018)

HARAKAHDAILY 10/3/2020