PAS luar biasa

SAYA melihat umum telah menyedari bahawa PAS tidak sekadar parti yang memperjuangkan agama dalam konteks yang sempit, sebaliknya PAS memperjuangkan Islam yang syumul (merangkumi seluruh aspek kehidupan manusia)_

Penyertaan golongan profesional dari pelbagai disiplin pengajian dan kepakaran meletakkan PAS sebagai sebuah parti Islam kontemporari yang diyakini ramai untuk memimpin dalam pelbagai sektor menurut perspektif Islam.

Justeru, kalau Menteri Agama disandang oleh PAS, maka itu adalah biasa. Namun apabila PAS diberi kepercayaan untuk menerajui Menteri Alam Sekitar, Menteri Parlimen & Perundangan dan Menteri Perladangan & Komiditi, maka itu menjadikan PAS luar biasa.

Malah PAS juga diberi kepercayaan untuk berperanan sebagai Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Agama), Timb Menteri II Pertanian dan Industri Makanan, Timb. Menteri Sumber Manusia, Timb. Menteri Sains, Teknologi & Inovasi serta Timb. Menteri Wanita dan Keluarga.

Apa yang lebih penting untuk difahami oleh semua, bahawa Islam merangkumi semua urusan hidup. Islam bukan zakat, haji, solat dan puasa sahaja, tetapi Islam juga adalah Alam Sekitar, Undang-Undang, Perladangan, Pertanian, Sains, Teknologi, Sumber Manusia dan sebagainya.

Inilah yang diperjuangkan oleh PAS.

Sekian.

NASRUDIN HASSAN – HARAKAHDAILY 10/3/2020

Advertisement