Tiada kes positif COVID-19 di Kelantan

KOTA BHARU:“Alhamdulillah setakat hari ini tiada kes positif berlaku di Kelantan berkaitan wabak COVID-19,” demikian kata Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan, Dr Izani Husin.

Advertisement

Katanya, maklumat itu diterima daripada  Jabatan Kesihatan Negeri yang mengatakan bahawa di negeri itu masih tiada yang positif Koronavirus (COVID-19)

Bagaimanapun, beliau mengingatkan orang ramai supaya sentiasa berhati-hati berhubung penularan wabak itu.

“Saya menasihati orang ramai sentiasa mengamalkan kebersihan terutama menjaga kebersihan diri dengan kerap mencuci tangan dengan menggunakan air, sabun atau hand sanitizer,” katanya di sini.

Beliau ditemui selepas mengadakan perbincangan dengan Ketua Penolong Pengarah Kanan Survelan Jabatan Kesihatan Negeri, Dr Suhaiza Sulaiman di Kota Darul Naim. – HARAKAHDAILY 10/3/2020