Dato’ Takiyuddin mulakan tugas di JPM

KUALA LUMPUR: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Dato’ Takiyuddin Hassan melaporkan diri ke pejabat barunya buat julung kali pagi tadi.

Beliau melapor diri sebelum menghadiri mesyuarat Jemaah Menteri buat pertama kali yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Perdana Putra hari ini.

Takiyuddin yang berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang, Universiti Malaya itu mula melibatkan diri dalam politik selepas menyertai PAS sekitar tahun 1989.

Advertisement

Bekas majistret itu menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri Bunut Payong sejak 1999, kemudiannya sebagai Ahli Parlimen Kota Bharu pada 2013 (sehingga kini) selepas Pilihan Raya Umum ke-13.

Berikut adalah biografi Takiyuddin Hassan:

Nama: Dato’ Takiyuddin Hassan

Isteri: Datin Hariza Yusoff

Tarikh Lahir: 24/11/1961

Tempat Lahir: Sik, Kedah

Anak: Lima orang

Pendidikan: Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang, Universiti Malaya (UM) 1986

Politik:

1989 : Sertai PAS

1999 – 2013 : Ahli Dewan Undangan Negeri Bunut Payong, Kelantan

2013 – kini : Ahli Parlimen Kota Bharu

Karier:

1986-1989 : Majistret di Kota Bharu dan Pasir Mas.

1996-1998 : Timbalan Presiden Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA)

1997-1998 : Ahli Exco Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM)

1997: Ketua Pemuda PAS Kelantan

1999-2013: Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kelantan (EXCO)

2002: Ketua Penerangan PAS Kelantan

2005: Setiausaha Perhubungan PAS Kelantan

2011-2015: Penolong Setiausaha Agung PAS

2013 : Anggota, Jawatankuasa Khas Mengenai Rasuah, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)

2014-2018 : Naib Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM)

2015-kini : Setiausaha Agung PAS

2015-kini: Ahli Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) – HARAKAHDAILY 11/3/2020