Kabinet baharu mesyuarat kali pertama

PUTRAJAYA:Mesyuarat pertama barisan Jemaah Menteri yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Perdana Putra, di sini hari ini.

Advertisement

Mesyuarat bermula jam 9.25 pagi tadi yang dihadiri semua 31 Menteri baharu yang dilantik.

Bernama melaporkan, sebelum mesyuarat Kabinet itu bermula, Muhyiddin menyertai sesi bergambar bersama Jemaah Menteri.

Semalam, Menteri Kabinet yang dilantik telah mengangkat sumpah jawatan di hadapan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Melawati.

Turut hadir dalam mesyuarat Kabinet pertama itu ialah Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Mohd Zuki Ali dan Timbalan Ketua Setiausaha (Kabinet), Datuk Dr Farizah Ahmad. – HARAKAHDAILY 11/3/2020