PAS Sarawak rai Hari Wanita di rumah panjang

BINTULU: Lajnah Perpaduan Nasional PAS Negeri Sarawak telah mengadakan kunjungan ziarah ke Rumah Panjang (RH) sempena meraikan Sambutan Hari Wanita Sedunia, di sini kelmarin dahulu.

Advertisement

Acara khusus ini diadakan sebagai inisiatif menyemarakkan hubungan asasi terutama melibatkan sesama kaum wanita serta sebagai menzahirkan penghargaan khusus kepada golongan ini.

Lawatan rombongan yang dipimpin oleh Ketua Muslimat PAS Sarawak, Ustazah Juliani Addin ini telah berkunjung ke RH Roselind, RH Layuh, RH Tony dan RH Gima bertemu muka dengan para penduduk.

Menurut Ustazah Juliani, PAS bukanlah semata-mata parti politik tetapi mempunyai peranannya terhadap hal ehwal hidup semua penduduk tanpa mengira kaum dan ia tidak seharusnya ditakuti.

Sempena kehadiran mesra ke semua rumah panjang itu dan sebagai simbolik kepada sambutan tahunan tersebut khususnya kepada kaum wanita, rombongan telah menghadiah dan memotong kek bersama. – HARAKAHDAILY 11/3/2020