Pekerja sendiri terima tuntutan hilang upaya PERKESO

ADUN Wakaf Bharu, Rusli Abdullah (berkopiah) menyerahkan 'mock cheque' kepada Hafizi di kediamannya hari ini. Foto: Rizal Tahir

TUMPAT: Mohd Nor Hafizi Hashim yang bekerja sendiri merupakan pencarum pertama mendapat manfaat daripada PERKESO bagi tuntutan hilang upaya.

Beliau mula mencarum di bawah Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri pada 8 Januari lalu, menerima RM2,438.66 untuk tuntutan hilang upaya sementara.

Advertisement

Majlis penyerahan sumbang cek disampaikan Ali Dewan Undangan Negeri (ADUN) Wakaf Bharu, Rusli Abdullah di kediamannya di Kampung Dusun Langgar, Wakaf Bharu dekat sini hari ini.

Hadir sama Pengarah PERKESO Negeri, Nora Yaakub dan Timbalannya Wan Izani Wan Isa.

Hafizi yang bertugas dengan Lazada Express terlibat dalam kemalangan jalan raya pada 14 Januari lalu ketika dalam perjalanan untuk menghantar barang di Kampung Dalam Rhu Tumpat.

Ketika ditemui, beliau menzahirkan ucapan terima kepada PERKESO kerana memberi sumbangan melalui skim berkenaan. – HARAKAHDAILY 11/3/2020