Adakah DAP menghina Muslim?

TERKADANG, ciapan Twitter seperti Hannah Yeoh ini berupaya menimbulkan persepsi negatif terhadap Islam. Perhatikan bagaimana reaksi balas terhadap Twitter ini sehingga ada yang menyatakan bahawa lelaki Muslim akan gembira berseronok (berkahwin?) dengan kanak-kanak bawah umur setelah Muslim mentadbir.

Adakah DAP sedar bahawa provokasi sebegini hanya akan menyebabkan lebih ramai Muslim membenci DAP? Sikap DAP yang dilihat seakan merendahkan Islam dan Muslim hanya akan menyebabkan lebih ramai Melayu menolak DAP.

Ingatkah kita bagaimana Hannah Yeoh pernah memberikan sumbangan kepada Sisters in Islam, satu organisasi yang telah diwartakan sesat dan menyeleweng oleh Majlis Agama Islam Selangor. Tindakan Hannah itu dilihat seakan memberikan sokongan terhadap kumpulan yang telah diisytiharkan sebagai mengamalkan pemikiran Liberal yang bercanggah dengan fatwa yang dikeluarkan oleh MAIS.

Advertisement

Lihat: https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2019/03/10/hannah-yeoh-pertahan-sumbangan-kepada-sisters-in-islam/

Sedarkah kita bagaimana Hannah Yeoh turut pernah mengeluarkan kenyataan menolak kempen BMF yang membantu membina keupayaan ekonomi Muslim?

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10157382474469034&id=171292564033

Kenyataan demi kenyataan yang dikeluarkan oleh pemimpin DAP seperti ini menimbulkan persoalan, apakah DAP bersikap membenci Islam? Mengapakah kenyataan yang dikeluarkan terkadang melihatkan ciri-ciri sedemikian?

Semoga Allah membimbing kita.

DR AHMAD SANUSI AZMI – HARAKAHDAILY 13/3/2020

PENAFIAN:
HarakahDaily tidak bertanggungjawab terhadap pandangan yang dikemukakan daripada artikel ini. Ia pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya menggambarkan pendirian HarakahDaily mahupun pendirian rasmi PAS. Segala risiko akibat penyiaran ini menjadi tanggungjawab penulis sendiri.