Menteri anjur kenduri rakyat, baca Khutbah

KUALA NERUS : Sempena pelantikan Dato’ Dr Mohd Khairuddin Aman Razali sebagai Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, satu majlis kenduri rakyat telah dilangsungkan bertempat di Dewan Serbaguna Kg Baru, Seberang Takir, Kuala Nerus hari ini.

Advertisement

Program itu turut dihadiri pelbagai pimpinan dan lapisan masyarakat seluruh kawasan Parlimen Kuala Nerus.

Seterusnya, pada pukul 1.30 petang, beliau menunaikan solat jumaat dan menyampaikan Khutbah Khas di Masjid at-Taqwa, Batu Enam, Kuala Nerus.

Dalam khutbat tersebut, beliau turut menyentuh berkenaan pencegahan wabak COVID-19 yang mana hari ini amat membimbangkan rakyat.

Bagaimanapun, beliau berharap agar seluruh rakyat dan Malaysia tetap terus terpelihara dari sebarang perkara yang tidak diingini berlaku.

Selesai solat jumaat yang dihadiri oleh
ribuan rakyat Kuala Nerus, beliau sempat menyantuni masyarakat setempat. – HARAKAHDAILY 13/3/2020