Nasihatku buat sahabat Jemaah Tabligh yang dikasihi

KAMI rafakkan syukur kepada-Nya atas nikmat dan kurnia yang tidak terhingga. Nasihat khas ini saya tujukan kepada rakan dan ikhwah yang menghadiri Ijtima’ Tabligh di Masjid Seri Petaling pada 28 Februari – 1 Mac yang lalu.

Saya mengambil cakna dan amat prihatin akan titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah. Tambahan pula, saya baru sahaja sembah mengadap Baginda sebelum solat Jumaat dan itulah yang ditekankannya.

Advertisement

Justeru, pergilah ke hospital atau klinik kesihatan yang berdekatan untuk menjalani pemeriksaan. Semoga wabak Covid-19 berarak pergi dan sinar kegembiraan dengan nikmat kesihatan singgah berlabuh ke bumi Malaysia.

Saudaraku, saya amat sayang kepada anda semua yang sentiasa memikirkan nasib ummah.

YB SENATOR DATUK DR. ZULKIFLI MOHAMAD AL-BAKRI
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) – HARAKAHDAILY 13/3/2020