Korea Selatan: Artificial Intelligence vs COVID-19

ARTIFICIAL Intelligence

(1) Sebelum ini saya pernah menulis persaingan antara manusia dan robot [1] dan kajian menunjukkan jika manusia hari ini malas berfikir, kelak manusia akan dikuasai robot.

(2) Antara teknologi yang sedang dibangunkan hari ini ialah Artificial Intelligence atau singkatannya Ai. Ia adalah istilah yang diberikan untuk mesin yang mampu melaksanakan tugas mengikut kemampuan daya fikir mereka.

Iaitu melalui manipulasi kod-kod atau terma-terma dalam komputer agar mesin tersebut mampu bertindak dengan sendiri mengikut perubahan suasana.

(3) Bahasa mudahnya ia adalah robot (mesin) yang cuba menandingi akal manusia. Sebagai contoh yang diimaginasikan oleh Barat melalui Filem Age Of Ultron 2015 yang menggambarkan teknologi Ai yang dicipta untuk melindungi bumi daripada ancaman.

Advertisement

Setelah Ai tersebut mengumpulkan data sejarah dan sebagainya, ia menyimpulkan bahawa ancaman utama bumi ialah manusia itu sendiri. Lalu Ai yang bernama Ultron itu bertindak untuk memerangi manusia.

(4) Antara teknologi Ai yang sedang giat dibangunkan hari ini, ialah kereta tanpa stering (pemandu). Ia merupakan salah satu percubaan penerapan elemen Ai dalam pengangkutan jalan raya.

Hanya perlu pilih lokasi yang ingin dituju, kemudian pilih keselesaan kelajuan, tekan ‘button’ dan seterusnya kenderaan bergerak dengan sensor-sensor yang berfungsi.

(5) Bimbang dalam jangka masa yang panjang, bukan hanya kereta tanpa pemandu, tetapi lokasi kita ditetapkan oleh robot. Masa dan jadual seharian kita diatur oleh robot.

Ai vs COVID-19

(1) Realiti hari ini, dalam banyak-banyak negara yang sedang berperang dengan virus, yang agak rare ialah Korea Selatan. Iaitu dengan bergantung pada teknologinya.

Negara ini mempunyai platform digital maju untuk ‘perlombongan’ big-data, bersama dengan Artificial Intelligence (AI) dan Korea dilihat mendahului dan bersaing rapat dengan Apple.

(2) Berita ini disiarkan oleh The Daily Star bertarikh 15 Mac 2020 [2] menggambarkan projek menggunakan robot Ai dalam memerangi virus.

Kalau bahasa mudahnya, Ai digunakan untuk berperang dengan senjata biologi yang tidak lagi mampu dikawal oleh manusia sehingga dikenali sebagai pandemik.

(3) Dengan menggunakan analisis Big-Data, sistem amaran awal Ai, dan metodologi pemerhatian yang intensif, Korea Selatan dilihat berjaya mengekang virus Corona dengan pantas

Platform Big-Data yang dikendalikan oleh kerajaan menyimpan maklumat semua warganegara dan warga asing yang tinggal di negara itu.

(4) Bahkan data itu turut meng’integrasi’kan semua organisasi kerajaan, hospital, perkhidmatan kewangan, pengendali mudah alih dan perkhidmatan lain ke dalamnya.

Korea Selatan menggunakan analisis, maklumat dan rujukan yang disediakan oleh data bersepadu ini termasuk semua tindak balas dan maklumat ‘real time’.

Teknologi vs biologi

(1) Contoh bagi projek ini, setiap kali seseorang diuji positif untuk COVID-19, semua orang di sekitarnya disediakan dengan butiran perjalanan, aktiviti, dan peta perjalanan orang yang dijangkiti itu.

Pendataan yang disediakan dalam tempoh dua minggu sebelumnya, melalui pemberitahuan mudah alih yang dihantar sebagai ‘push system’.

(2) Perkhidmatan kesihatan yang dikendalikan oleh kerajaan akan menerima dengan pantas maklumat mengenai kenalan-kenalan orang tersebut.

Ini menjadikan usaha mengesan mereka yang telah bertemu dalam tempoh itu lebih mudah, dan menyenaraikan mereka di bawah pemerhatian dan ujian perubatan. Ai menjadikan pengesanan ini lebih pantas.

(3) Hospital, perkhidmatan ambulans, makmal ujian mudah alih dan sebagainya, semuanya bergantung kepada sektor IT dan teknologi untuk mewujudkan perkhidmatan segera dan cekap.

(4) Korea Selatan juga memperkenalkan ujian virus Corona drive-trough melalui mana-mana individu yang memandu kereta seperti sebuah ‘makmal bergerak’.

Iaitu sampel yang dikumpul semasa duduk di dalam kenderaan, dan mendapat keputusan ujian dalam masa beberapa minit sahaja, seperti sebuah makmal.

Sekiranya didapati dijangkiti, mereka segera diasingkan dan dibawa ke kepada rawatan khusus. Kebanyakannya dijalankan dengan teknologi 5G.

Strategi pengawalan

(1) Mereka yang sedang memandu di jalan raya, apabila di ‘detect’ dengan COVID-19, akan diberitahu mengenai makmal drive-through terdekat di mana mereka boleh menjalani ujian perubatan itu.

Analisis data Ai akan menandakan lokasi kemungkinan kumpulan virus, atau kawasan yang mempunyai risiko yang paling tinggi. Ini menjadikan tindakan pencegahannya lebih pantas

(2) Kerajaan Korea Selatan juga mereka bentuk berasaskan Ai untuk memastikan bekalan dan pengedaran topeng dan peralatan pencegahan yang lain.

Iaitu setiap orang perlu menggunakan kad ID mereka untuk membeli dua topeng pada satu masa di kedai-kedai ubat berdekatan sebagai bentuk pengawalan dan kajian.

(3) Walaupun beberapa minggu telah berlalu sejak wabak itu bermula di negara ini, tidak ada peningkatan mendadak terhadap harga barang-barang keperluan harian.

Gambaran-gambaran ini menampakkan bahawa Korea Selatan dianggap berjaya mengekang penularan wabak ini, dan membantu menstabilkan ekonomi.

(4) Hari ini kita saksikan apabila tersebarnya virus ini, banyak syarikat-syarikat besar terencat projek ekonominya. Adakalanya merencatkan aktiviti sesebuah negara.

Gambaran yang ditunjukkan oleh Korea Selatan ini sangat berkaitan dengan ideologi sesebuah negara. Kenapa Amerika atau Barat yang dianggap teknologi hebat, tidak mengekang seperti ini?

Masalah ideologi

(1) Negara-negara Barat selama ini tidak menggunakan teknologi seperti Real-Time Survaillance ini tidak digunakan di Eropah atau US atas alasan ‘freedom breach’.

Mudah untuk difahami ialah pelanggaran hak kebebasan. Surveillance adalah pengawasan. Sistem yang digunakan oleh Korea Selatan ini men‘detect’ melalui suhu, perjalanan dan sebagainya.

(2) Dengan menggunakan Big Data dan Ai secara tak langsung menjadikan Korea Selatan sedang dikawal oleh robot. Ya, apabila manusia terbatas untuk mengekangnya.

Tambahan pula teknologi 5G yang lebih banyak didominasi oleh China sepertimana tulisan saya yang lalu [3]. Bahkan China juga menggunakan teknologi Surveillance ini.

(3) Dasar negara Barat yang rata-rata terlalu Liberal, seolah-olah terperangkap dengan kebebasan yang diperjuangkan oleh mereka. Sehingga tidak menggunakan teknologi ini atas sebab kebebasan individu.

Perlu diimbangi juga, apabila teknologi Big Data dan rangkaian-rangkaiannya digunakan, memang privasi manusia akan terceroboh secara simplenya.

(4) Menjadikan dunia benar-benar tanpa sempadan. Kalau dahulu sempadan negara-negara dikawal oleh imigresen, tetapi masa depan mungkin dikawal oleh Ai.

Mereka yang kuasai teknologi bakal meraih kemenangan. Mungkin juga memenangi perang biologi yang menghantui dunia selama ini. Sejauh manakah teori ini?

[1] https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=2993097477398659&id=100000953077134

[2] https://www.thedailystar.net/online/news/south-korea-winning-the-fight-against-coronavirus-using-big-data-and-ai-1880737

[3] https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=3471499596225109&id=100000953077134

Oleh: MUHAMMAD MUJAHID IR HJ MOHAMMAD FADZIL – HARAKAHDAILY 16/3/2020