NGO santuni penduduk DUN Kubu Gajah

LARUT: Sekretariat Pusat Khidmat DUN Kubu Gajah telah mengadakan program Ziarah Kebajikan bersama NGO Squad Insaniah Kuala Lumpur di Kampung Batu 20, di sini kelmarin dahulu.

Advertisement

Kunjungan tersebut melibatkan penempatan Penduduk Rakyat Termiskin (PPRT) di mana semua keluarga yang menghuni di situ telah disantuni dengan diberikan sedikit sumbangan makanan harian.

Rombongan NGO diketuai oleh Mohd Fauzi Ibrahim itu dan beberapa jawatankuasa disambut oleh Ketua Sekretariat DUN Kubu Gajah, Sidik Shapie dan beberapa Ahli Jawatankuasa Dewan Pemuda dan Muslimat PAS Kawasan Larut.

Kepadatan masa juga bukan penghalang untuk ADUN Kubu Gajah, Ustaz Khalil Yahaya untuk turut serta, sekali gus meraikan delegasi yang hadir membantu penduduk dibawah tanggungjawab beliau.

Semua pihak yang dermawan dialu-alukan terus menyumbang bagi membantu para penduduk memerlukan menerusi akaun Maybank 1580 5191 1775 untuk program akan datang. – HARAKAHDAILY 17/3/2020