Covid-19: 40 kertas siasatan berita palsu dibuka

KUALA LUMPUR: 40 kertas kertas siasatan berkenaan berita palsu berhubung penularan wabak berjangkit Covid-19 di media sosial dibuka Polis DiRaja Malaysia (PDRM).

Advertisement

PDRM melalui satu kenyataan berkata, setakat ini 11 kes telah dituduh dibawah Seksyen 505 (b) Kanun Keseksaan dan tiga kes telah ‘no futher action (NFA)’ dan 26 kes masih dalam siasatan pihak polis.

Kes diklasifikasikan dibawah Seksyen 505 (b) Kanun Keseksaan, iaitu dengan kesalahan mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang mendatangkan khianat awam dengan niat hendak menyebabkan ketakutan atau kegentaran awam.

Pada masa sama, akan diklasifikasikan di abwah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, iaitu penggunaan tidak awajar kemudahan rangaian atau perkhidmatan.

Kes-kes yang disiasat merupakan penularan berita palsu sepanjang tempoh 25 Januari dan 17 Mac.

Sementara itu, pihak polis menggesa orang ramai akan menghentikan sebarang kenyataan, bahan berkaitan, fakta berkaitan ataupun artikel yang tidak sewajarnya dimuat naik atau dikongsi di laman sosial.

Hal ini kerana, ia dikhuatiri akan menimbulkan kerisauan dan mencetuskan rasa takut dalam kalangan rakyat.

Pihak polis pada masa sama turut mengingatkan bahawa tindakan memuat naik kenyataan berkaitan perkara tersebut boleh mengakibatkan satu siasatan dan pihak polis tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan terhadap mana-mana individu yang didapati mensensasikan isu berkenaan. – HARAKAHDAILY 18/3/2020