Covid-19: Usah pentingkan diri

KOTA BHARU: Peningkatan kes baharu virus Covid-19 dibimbangi semakin parah apabila ada pihak masih gagal mematuhi arahan pihak berkuasa.

Advertisement

Situasi itu dapat dilihat apabila ada restoran masih beroperasi dan solat berjemaah di surau diadakan seperti biasa.

Sehubungan itu seorang peniaga Wan Nor Zubaidah Wan Mohamed menjangka kerajaan kemungkinan akan mengenakan peraturan lesbih ketat.

“Tidak mustahil esok lusa kerajaan akan mengenakan perintah berkurung pula kerana masih ada engkar arahan pergerakan terhad,” katanya di sini.

Beliau yang tinggal di Nilam Puri bimbang virus terbabit boleh merebak ke daerah tersebut sekiranya orang ramai kurang patuh peraturan dikuatkuasa kerajaan.

Hari ini Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah bimbang penyebaran wabak Covid-19 menjadi lebih buruk sekiranya orang ramai gagal mematuhi peraturan ditetapkan.

Menurutnya kegagalan berbuat demikian dibimbangi negara menghadapi gelombang ketiga virus tersebut.

Pada catatan di Facebooknya beliau merayu orang ramai mengambil serius perintah kawalan pergerakan. – HARAKAHDAILY 18/3/2020