Ikut nasihat KKM

WABAK jangkitan Covid-19 merupakan penularan virus yang senang tersebar, dijangkiti dan sangat berbahaya, persoalannya. Adakah masyarakat Malaysia sudah ambil peduli?

Advertisement

Setiap hari, semakin meningkat jumlah kes baharu positif Covid-19 yang dilaporkan. Oleh hal yang demikian orang ramai diingatkan supaya untuk sentiasa menjaga kebersihan dan menjauhi tempat yang berlakunya penyebaran wabak ini.

Menurut seorang pengamal perubatan, Dr Najihatussalehah Ahmad, beliau menyeru kepada orang ramai supaya mengikuti nasihat yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia(KKM) supaya menghadkan pergerakkan keluar masuk.

“Saya ingin menasihatkan supaya rakyat Malaysia yang sedang bercuti sekolah pada harini, membatalkan perjalanan keluar negara jika berhasrat untuk keluar, oleh kerana sehingga harini kita telah difahamkan 150 buah negara telah dilaporkan mempunyai kes Covid-19.

“Kita tidak tahu sama ada perjalanan kita itu membawa risiko kepada diri sendiri dan juga ahli keluarga. Oleh kerana, sesebuah negara tidak sama langkah-langkah yang dilaksanakan, mungkin ada sesetengah negara penguatkuasaannya tidak seperti di Malaysia, sesetengah negara telah mengisytiharkan darurat,” katanya.

Beliau juga menegaskan, rakyat harus sentiasa berwaspada dan elakkan diri daripada melakukan pergerakkan ke tempat-tempat berpotensi atau berisiko tinggi untuk terkena wabak Covid-19.

“Sebolehnya elakkan daripada terus membawa keluarga berjalan-jalan ke tempat orang ramai atau sesuatu perhimpunan termasuk kenduri kendara,” ujarnya.

Dalam pada itu, Covid-19 ini telah di isytiharkan sebagai pandemik oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia(WHO), penularan wabak tersebut senang untuk merebak dan dijangkiti oleh orang yang berada disekitar mangsa yang menghidapi Covid-19 tersebut.

“Bahawa kita tahu penularan covid-19 boleh berlaku diantara manusia dan manusia melalui sebaran secara sentuhan. Jika seseorang yang ada membawa covid-19 bersin atau batuk, khuatiri titisan cecair yang keluar daripada mulut atau hidungnya dan akan terkena mana-mana permukaan tersebut yang kemudiannya orang lain yg memegang permukaan tersebut atau terkena percikan titisan daripada beliau dan boleh mendapat Covid-19,” katanya.

Antara yang berisiko tinggi untuk terkena Covid-19 jumlah besarnya adalah dalam kalangan kanak-kanak dan juga warga tua yang berumur 50 keatas yang kurang immuniti dalam badan. Selain itu orang biasa juga mudah dijangkiti jika terdedah dengan kawasan yang sudah tersebar Covid-19.

“Kalau tengok kepada statistik di negara Itali kebanyakan mangsa atau pesakit covid-19 dihidapi oleh mereka yang telah berumur dan mereka yang ada penyakit kronik tetapi tidak juga mustahil kepada yang masih sihat tidak ada penyakit juga boleh dijangkiti oleh wabak covid-19 ini.

“Jika seseorang ada sejarah penyakit seperti diabetes ataupun apa-apa saja penyakit yang menyebabkan immuniti lemah berisiko tinggi untuk dijangkiti Covid-19. Kata beliau lagi,” jelas beliau.

Virus tersebut juga bergerak secara halus dari benda hidup mahupun benda mati melalui sebaran sentuhan.

Sebagai masyarakat Malaysia seharusnya mengambil berat dalam menjaga kebersihan dan selalu membersih tangan dan menggunakan cecair pembasmi kuman ketika berada di tempat awam ataupun tempat yang terdedah dan berisiko tinggi untuk dijangkiti.

“Semua rakyat yang sihat keluar dari rumah hendaklah sentiasa mengamalkan mencuci tangan sama ada dengan hand sanitizer yang mempunyai kepekatan alcohol 70% ataupun membasuh tangan dengan sabun dengan membilasnya dalam tempoh lebih 20 saat dan hendaklah sentiasa kerap membersih tangan. Ketika berada diluar elakkan menyentuh mulut, mata, hidung untuk mengelakkan daripada terkena covid-19, ” terangnya. – HARAKAHDAILY 18/3/2020