Jangan terpedaya

BERTENANG semua. Sama-sama kita berdoa agar semuanya selamat dan baik-baik sahaja. Jalani kehidupan seperti biasa dengan mematuhi peraturan kawalan dan keselamatan diri agar tidak dijangkiti Covid-19.

Jangan terpengaruh dengan pelbagai sebaran berita dan maklumat yang tiada asas dan sumber, malah bermaksud mencetuskan rasa panik dikalangan masyarakat.

Advertisement

Ada pihak seperti cuba menangguk di air yang keruh. Hati-hati dan depani situasi dengan tenang. Insyaallah kita berjaya mengatasi ujian yang getir ini.

Menentang Covid-19 adalah tugas kita semua secara bersama tanpa mengira kita siapa. Tidak perlu tuding menuding. Juga bukan masanya untuk sesiapa claim millage.

_Allahu Musta’an._

Sekian.

Nasrudin Hassan – HARAKAHDAILY 18/3/2020