Bandaraya Alor Setar lengang

ALOR SETAR: Bandaraya Alor Setar dan sekitarnya didapati lengang dan hanya beberapa kenderaan sahaja kelihatan di jalanraya dalam tempoh lima hingga 10 minit sekali.

Tinjauan Harakah di lokasi berkenaan pada hari bermulanya arahan Kawalan Pergerakan semalam mendapati hampir 95 peratus premis perniagaan mematuhi arahan pihak berkuasa.

Advertisement

Sungguhpun masih ada premis perniagaan makanan dibuka namun kebanyakan pelanggan hanya membelinya secara bungkus dan dibawa pulang ke rumah.

Aman Central, antara lokasi yang jarang sekali sepi sebelum ini turut terkesan apabila premis-premis perniagaan ditutup.

Tinjauan di perhentian bas berhadapan Pekan Rabu juga mendapati situasi lengang dan hanya terdapat tiga orang sahaja yang menunggu bas di situ.

Seorang penduduk yang ditemui berkata, tidak ramai keluar ke Bandar kerana bimbang terdedah jangkitan wabak Covic-19.

“Kami hanya keluar ke bandar membeli keperluan harian sahaja,” kata Abdullah Ahmad, 53 dari Kuala Kedah.– HARAKAHDAILY 19/3/2020