Covid-19: PTPTN umum tangguh bayaran 3 bulan

KUALA LUMPUR: Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Negara (PTPTN) mengumumkan penangguhan bayaran balik pinjaman selama tiga bulan hingga 30 Jun ini berikutan ramai terjejas dengan Covid-19.

Advertisement

Ia susulan kenyataan Menteri Pertahanan,  Dato’ Sri Ismail Sabri  Yaakob, penangguhan bayaran balik pinjaman PTPTN pada hari ini, 19 Mac 2020. 

Sehubungan itu, dengan penuh rasa prihatin Kerajaan bersetuju memberi penangguhan bayaran balik pinjaman kepada semua peminjam PTPTN berkuat kuasa serta-merta selama tiga (3) bulan sehingga 30 Jun 2020.

Kata satu kenyataan PTPTN hari ini, penangguhan yang diberikan ini dijangka akan memberi manfaat dan membantu seramai hampir 1.5 juta peminjam PTPTN yang sepatutnya membuat bayaran balik pinjaman mereka.

Dengan pengumuman itu juga, is melibatkan jumlah kutipan bagi tempoh penangguhan ini sebanyak RM375 juta.

Untuk maklumat dan pertanyaan lanjut, peminjam boleh menghubungi PTPTN melalui talian Careline di 03 – 2193 3000 yang beroperasi pada hari Isnin hingga Jumaat jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang. 

Maklumat lanjut juga bolehdiperolehi melalui portal rasmi www.ptptn.gov.my.

“PTPTN sentiasa prihatin dan peka serta mengambil berat terhadap kebajikan semua peminjam PTPTN,” kata kenyataan itu. – HARAKAHDAILY 19/3/2020