Solat Hajat, Yaasiin serentak seluruh negara malam ini

KUALA LUMPUR: Umat Islam diseru melakukan solat sunat hajat dan bacaan _Yaasiin_ serentak seluruh negara untuk tolak musibah COVID-19 di rumah masing-masing selepas solat Maghrib malam ini.

Advertisement

Naib Presiden PAS, Ustaz Idris Ahmad mengesyorkan supaya amal usaha tersebut dimulakan dengan melakukan solat hajat diikuti istighfar dan salawat masing-masing sebanyak 100 kali.

Setelah itu sarannya mengadakan bacaan surah Yaasiin diikuti doa kepada Allah S.W.T semoga Dia hilang musibah Covid 19 di negara ini, selain melakukan muhasabah diri atas kemungkinan dosa dan maksiat diri.

“Semoga ada doa di kalangan kita dimakbul oleh Allah S.W.T,” ujarnya mengharap dan memohon makluman ini disebarkan.

Hari ini merupakan hari kedua penduduk Malaysia berada dalam Perintah Kawalan Pergerakan di mana dinasihatkan untuk berada di rumah masing-masing selepas arahan tersebut dikeluarkan kelmarin dahulu.- HARAKAHDAILY 19/3/2020