Ziarah Kasih tanda cakna terhadap asnaf

KANGAR: Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan Muslimat PAS Malaysia telah berkolaborasi bersama Muslim Care Malaysia buat sekalian kalinya dalam Misi Peduli Asnaf Siri Kedua di Kawasan Arau, Padang Besar dan Kangar, baru-baru ini.

Advertisement

Program ziarah ini dipimpin Pengerusi Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan Muslimat PAS Malaysia, Dr ‘Uyun Abd Malek dengan disertai bersama wakil dari Muslim Care Malaysia iaitu Zuriati Ya’akob dan Suryana Mohd Sutarzi.

Tujuan Ziarah Kasih ini diadakan adalah untuk menyantuni golongan miskin, OKU, sakit, wanita, armalah dan anak yatim atau MOSWAY dalam usaha mengeratkan silaturahim serta sebagai inisiatif peduli asnaf yang terpinggir.

Melalui program ini, penganjur juga meringankan beban mereka yang dikunjungi dengan menyerahkan sumbangan berupa barangan dapur harian melibatkan pemberian kepada 50 keluarga yang memerlukan.

Ahli Jawatankuasa Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan Muslimat PAS Negeri Perlis, Jaliah Mohd Zakhir turut bersama dalam menjayakan misi sehari di negeri Utara tanah air ini di mana usaha menyantuni golongan asnaf bakal diteruskan di seluruh Malaysia.

Justeru itu, Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan mengajak orang ramai agar turut sama menyumbang ke akaun Maybank DMPP (5640 2540 0711) dan diminta untuk SMS/ Whatsapp slip sumbangan kepada Dr ‘Uyun di talian 019-357 7502. – HARAKAHDAILY 19/3/2020