Covid-19: Hayati iktibar kes Itali

LAYAR skin telefon pintar masing-masing penuh dengan nasihat agar rakyat Malaysia tidak mengikuti jejak langkah rakyat Itali di mana wabak jangkitan Covid-19 di negara itu mencatatkan peningkatan mendadak kes positif Covid-19.

Namun, tahukah apa sebenarnya yang berlaku di negara yang terkenal dengan jolokan kota fesyen itu?

Apa yang berlaku di Itali sangat mengerunkan apabila negara tersebut merekodkan jumlah kematian yang tinggi melebihi 1,000 orang hanya setelah enam minggu dua pelancong China yang positif Covid-19 melawati negara itu pada 30 Januari tahun ini.

Sehingga jam 5 petang ini (19 Mac), Itali menjadi negara kedua tertinggi yang dijangkiti Covid-19 selepas negara asalanya, iaitu China dengan masing-masing mencatakan kes keseluruhan sebanyak 35,713 (Itali) dan China 80,928 kes dengan jumlah korban 2,978 (Itali) dan 3,245 (China).

Malah, Itali juga dikatakan menjadi punca Covid-19 merebak ke beberapa buah negara lain seperti Austria, Bosnia, South Africa, Greece, Russia, Portugal, Ireland, Argentina, Ukraine, Morocco, Latvia, Jordan, Tunisia, Denmark dan lain-lain lagi.

Bagaimanapun, selepas daripada kejutan tersebut, Itali menjadi negara pertama yang menyekat terus penerbangan dari China sebaik sahaja 2 pelancong China yang dipercayai membawa wabak itu dikenal pasti.

Advertisement

Itali kemudian mengambil langkah drastik dengan mengumumkan pakej ransangan bernilai hampir 120 billion ringgit untuk emmeulihkan negara tersebut daripada terus mencatakan mangsa korban Covid-19.

Kronologi kes Covid-19 di Itali:

21 Januari – Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Itali, Dario Franceschini dan rakannya dari China, Luo Shugang merancang untuk merasmikan pelabagi program sepanjang tahun 2020 yang bertujuan untuk mempromosikan budaya masing-masing diantara kedua buah negara itu.

Anatara yang berada didalam perancangan tersebut termasuklah pertunjukan seni, pameran-pameran seperti Skulptur Roman yang terletak di Musium Negara China, serta Tentera Terra Cotta di Reggia di Caserta.

Hasil daripada perbincangan tersebut membawa kepada penerbagan terus Itali – China yang berjumlah tiga kali ganda dari kebiasaannya, dengan jumlah 56 ke 108 penerbangan setiap minggu.

Namun, lebih kurang 10 hari kemudian selepas pertemuan Dario dan Luo Shugang, Itali telah menyekat sepenuhnya penerbangan dari China apabila China ketika itu sudah mencatatkan peningkatan kes kematian akibat dariapda Covid-19.

30 Januari – Itali melaporkan kes pertama, jangkitan yang dikesan melalui dua pelancong China.

31 Januari – Perdana Menterinya, Giuseppe Conte segera mengisytiharkan kecemasan selama 6 bulan dan menjadi negara pertama yang menyekat penerbangan dari China.

18 Febuari – Kes pertama melibatkan warga tempatan dilaporkan di Codogno, seorang lelaki berusia 38 tahun yang sihat tubuh badan.

23 Febuari
– Dua kematian pertama dikesan dan wabak semakin menular. Sementara itu, pihak berkuasa Itali memutuskan untuk meletakkan kira-kira 50,000 penduduk Codogno dan 10 bandar lain dibawah Perintah Berkurung.

Ketika ini , industri pelancongan negara itu berhadapan dengan krisis besar dengan gelombang pembatalan tiket penerbangan dan percutian ke negara itu.

Sementara itu, saham Milan jatuh 6.8 peratus diantara 21 Febuari hingga 25 Febuari. Rakyatnya juga ketika ini sudah keluar berpusu-pusu untuk membeli barangan keperluan harian di pasar raya.

29 Febuari – Jumlah yang dijangkiti mencatatkan melebihi 1,000 orang dengan kematian 29 dicatatkan.

1 Mac – Jumlah mangsa Covid-19 meningkat kepada 1,577.

4 Mac
– Itali menutup semua sekolah dan universiti di seluruh negara. Bagaimanapun ada yang tidak berpuas hati degan keputusan tersebut dengan berpendapat penutupan sekolah sahaja tidak mencukupi.

Mereka meminta supaya Itali mengikut jejak langkah China untuk ‘lock down‘ sepenuhnya negara itu.

Seorang Virologis, Roberto Burioni giat menjelaskan kepentingan menjaga jarak sosial yang mana beliau melihat Covid-19 bakal memberi kesan yang sangat bahaya kepada rakyat.

Petugas kesihatan dan juga pengamal perubatan di Itali mula menerima pesakit bagaikan dilandan tsunami pesakit, mereka terpaksa bekerja lebih 14 jam sehari dan 24 hari secara berterusan. Malah, sebilangan mereka turut terinfeksi oleh virus tersebut.

Keadaan semakin gawat, kes pneumonia yang disebabkan oleh Covid-19 telah menyebabkan doktor-doktor terpaksa menerima dan merawat berpuluh kali ganda kes, jika sebelum ini kes melibatkan pneumoni hanya 2 ke 3 kes, kini mereka terpkasa merawata 40 kes sehari.

Tanpa perintah berkurung sepenuhnya, Itali melihat rakyatnya masih penuh di jalanan, setiap hari ada yang memuat naik foto bersiar-siar di resort, orang ramai juga menikmati masih kelihatan di tempat-tempat yang ramai orang.

Kerajaan Itali kemudian bertindak memutuskan Lombardy dibawah perintah berkurung sepenuhnya, dan negeri lain berada dibawah perintah berkurung yang tidak sepenuhnya dimana beberapa industri seperti agrikultur, pengangkutan masih diteruskan.

8 Mac – Penularan wabak Covid-19 masih tidak dapat dibendung, ratusan rakyat mati diseluruh negara dimana kematian tertinggi dicatatkan di Lombardy.

Kajian mengatakan, faktor usia merupakan punca utama yang menyebabkan rakyatnya terkorban dalam serangan Covid-19, dan 22.6 peratus rakyatnya merupakan berusia melebihi 65 tahun keatas.

Kerajaan Itali mengambil langkah drastik menyekat penuh di bahagian utara Itali.

Difahamkan tindakan itu diambil membendung Covid-19 dari terus merebak ke bahagian lain dan menyekat pergerakan bagi kira-kira satu perempat penduduk Itali.

9 Mac – Ketua Angkatan Tentera Darat Itali, Salvatore Farina turut dikesan positif Covid-19 dan mengambil keputusan kuarantin dirinya di rumah.

10 Mac – Pesakit pertama yang disahkan positif Covid-19 semakin sihat. Kes masih mecatatkan peningkatan sebanyak 10,000 mangsa positif Covid-19.

Kerajaan Itali memutuskan untuk memperuntukkan sejumlah wang berjumlah RM120 billion sebagai pakej ransangan untuk melindungi negara dan ekonominya daripada ancaman Covid-19.

Kabinet Itali dijangka meluluskan pakej pertama bernilai kira-kira RM57 bilion ringgit pada 13 Mac, antaranya ialah bantuan kepada pekerja yang menghadapi pemberhentian sementara.

Selain itu, pakej tersebut juga untuk meningkatkan dana jaminan untuk pinjaman kepada syarikat kecil dan sederhana selain menyediakan pampasan bagi firma yang perolehannya menjunam melebihi 25 peratus

Beberapa bentuk moratorium bagi pembayaran balik perniagaan dan pembiayaan peribadi juga diperuntukkan.

11 Mac – Itali menjadi negara kedua selepas China, menggantikan Korea Selatan yang sebelum ini di tangga kedua selepas China.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengishtiharkan penularan wabak Covid-19 sebagai pandemik.

12 Mac
– Covid-19 meragut lebih 1,000 nyawa rakyat Itali walaupun pelbagai tindakan berterusan dan agresif siambil pihak berautoriti. Peningkatan sebanyak 23 peratus dengan jumlah keseluruhan 15,113 kes.

13 Mac
– Doktor di Itali istilahkan pengalamannya merawat pesakit Covid-19 di negara itu seumpama ketika perang dunia. Bilangan kematian di Itali mencatatkab 1,266 kes.

15 Mac – Kematian di Itali meningkat sebanyak 368 kes menjadikan keseluruhan kes kematian melibatkan jangkitan Covid-19 di Itali sebanyak 1,809 kes

17 Mac
– Itali merekodkan penambahan 345 jumlah kematian menjadikan jumlah kematian rakyat negara itu disebabkan Covid-19 adalah 2,503.

18 Mac
– Jumlah korban kematian akibat Covid-19 di Itali mencatatkan penambahan 475 kes menajdikan jumlah keseluruhan 2,978 mangsa.

Belum sampai sebulan, kematian di Itali menghampiri 3,000 kes. Lihatlah betapa cepatnya dan gerunnya jumlah ini. Semuanya angkara rakyat Itali yang ambil mudah berkenaan jangkitan Covid-19.

Difahamkan juga, peningkatan jumlah kes di Itali adalah disebabkan rakyatnya telah pulang ke kampung apabila kerajaan mengeluarkan arahan supaya duduk dirumah dan ‘lockdown‘ bandar-bandar tertentu.

Namun, tindakan keluar daripada kawasan ‘lockdown‘ itu telah menyebabkan lebih ramai jumlah individu yang dijangkiti wabak itu.- HARAKAHDAILY 20/3/2020