Patuhi arahan kerajaan – Ulamak Perlis

KANGAR: Kerajaan melakukan pelbagai kaedah perubatan dan pengkuatkuasaan undang-undang dengan menghadkan pergerakan sebagai usaha ikhtiar untuk mengekang Covid-19 daripada terus merebak.

Advertisement


Ketua Dewan Ulamak PAS Perlis Ustaz Idris Yaacob berkata, banyak pihak memberi pandangan, cadangan mengikut kepakaran masing-masing. 


Begitu juga katanya, pandangan para alim ulama yang kita sanjungi.


 “Sekiranya ia terus merebak tentulah akan mengundang pelbagai kesulitan dan keresahan yang akan dihadapi rakyat. 


“Oleh itu Dewan Ulamak PAS Perlis menasihatkan agar kita mematuhi dan memberi kerjasama terhadap usaha tersebut.


“Semoga dengan demikian wabak Covid-19 diangkat atau ditiadakan oleh Allah SWT. Apa pun langkah-langkah pencegahan tersebut tidak lebih sebagai usaha dan ikhtiar manusia,” katanya di sini.


Menurutnya juga sebagai orang yang beriman dan bertakwa pastinya ujian yang berlaku sekarang Allah Taala akan menghapuskan dosa, mengangkat darjat dan menggandakan pahala bagi umatnya yang bersabar.


Malah katanya, di seluruh dunia negara sedang hadapi pelbagai ujian, terutama yang dihadapi umat Islam iaitu peperangan, kemiskinan dan penyakit. – HARAKAHDAILY 20/3/2020