Covid-19: LKKPNS bantu pelajar IPT

SEREMBAN: Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS Negeri Sembilan(LKKPNS) telah mengadakan misi bantuan kepada pelajar- pelajar yang tidak dapat pulang ke rumah masing-masing berikutan pengumuman Perintah Kawalan Pergerakkan akibat virus Covid-19 sejak 18 Mac.

Advertisement

Misi itu diadakan pagi tadi di institut pengajian tinggi tersebut bersama aktivis lajnah.

LPPKNS dimaklumkan bahawa pelajar kampus UiTM di Negeri Sembilan yang tidak dapat pulang ke rumah masing- masing itu telah dikumpulkan di satu tempat penginapan mereka di UiTM Seremban 3 berjumlah 69 orang.

Sementara empat orang pelajar dari Malaysia Timur di IPG Kampus Pendidikan Teknik Nilai dan tiga lagi pelajar dari Politeknik Port Dickson.

Usaha ini digerakkan oleh LKKPNS dan turut bersama GPMS Negeri Sembilan, Majlis Belia Malaysia serta Kementerian Belia dan Sukan bagi melaksanakan tanggungjawab insan dalam memurnikan amalan tolong-menolong dalam kehidupan seharian.

LKKPNS telah memberikan sumbangan berupa set makanan ringan yang mengandungi mee segera, biskut dan serbuk kopi 3 dalam 1 sebanyak 100 set.

Sumbangan itu disampaikan oleh Pengerusi LKKPNS, Ishak Omar diiringi Jawatankuasa LKKPNS, Azamah Awang.

Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada semua penyumbang yang telah menyumbang ke Tabung Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS Negeri Sembilan dimana sumbangan itu telah disalurkan buat misi tersebut.

“Kami mengalu-alukan sebarang bentuk sumbangan dan infak orang ramai bagi menyalurkan sumbangan kepada LKKPNS dan melalui hasil infak, kita akan dapat membantu golongan yang memerlukan,” ujar Ishak Omar.

Keprihatinan dan sumbangan orang ramai amat diperlukan bagi melaksanakan usaha murni ini dengan sumbangan melalui akaun Bank Islam 05030010109346 atas nama LAJNAH KEBAJIKAN DAN KEMASYARAKATAN PAS NEGERI SEMBILAN.

Atau boleh menghubungi nombor berikut, 0123494041 (ISHAK OMAR) Pengerusi LKKPNS atau 0126339605 (PUAN SURAYA SHAMSUDIN) Setiausaha LKKPNS. – HARAKAHDAILY 21/3/2020