COVID-19: Takziah keluarga arwah Idris Atan

PIMPINAN dan anggota Parti Islam Se-Malaysia seluruhnya merakamkan rasa takziah buat anggota keluarga Allahyarham Idris Atan, iaitu mangsa ketujuh yang tewas pada COVID-19 di Hospital Kuala Lumpur pada 3.22 petang sebentar tadi.

Beliau dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur setelah mengalami gejala demam, batuk dan sakit tekak selama seminggu serta menunjukkan tanda positif COVID-19 pada 18 Mac lalu sebelum ditempatkan di Unit Rawatan Rapi. Difahamkan beliau mempunyai sejarah perjalanan ke Vietnam dan kontak dengan kes positif COVID-19 daripada kluster Tabligh.

Allahyarham Idris, 57, yang juga ahli PAS kawasan Batu merupakan antara ahli terawal yang membuka Cawangan parti di Taman Koperasi Polis Fasa 2, Batu Caves pada 1988.

Advertisement

PAS mengucapkan terima kasih tidak terhingga atas jasa dan keringat arwah terhadap PAS selama ini. Semoga roh beliau dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan mereka yang beriman.

PAS juga merakamkan takziah buat semua keluarga mangsa COVID-19 lain yang meninggal dunia. Semoga semua pesakit yang masih dirawat segera sembuh dan kembali ke pangkuan keluarga tersayang.

Terima kasih.

DATO’ TAKIYUDDIN HASSAN
Setiausaha Agung PAS
21 Mac 2020 – HARAKAHDAILY 21/3/2020