Kasihan PH, politik murahannya tidak laku

KETIKA rakyat sedang menumpukan seluruh perhatian kepada pembentukan Kabinet Malaysia yang baharu dan berpuashati dengannya, negara tiba-tiba mengalami saat duka. Corona Virus Disease 2019 (COVID-19) bergerak kepada peringkat kedua. Sebaik sahaja Dr Adham Baba dilantik, beliau terus menyinsing lengan berkerja dengan kakitangan Kementerian Kesihatan bagi membendung wabak merbahaya ini.
 
Rakyat sedar yang COVID-19 in telah bermula pada peringkat pertama ketika PH sedang memerintah. Suara-suara rakyat ketika itu jelas sudah melaung-laungkan agar pelancong terutama dari China, Korea disekat masuk kerana rakyat cukup bermaklumat dari mana asalnya wabak ini.
 
Tetapi agak menyedihkan, tindakan yang perlahan dari Menteri-menteri PH bagi menangani isu ini, dilihat menjadi penyebab kepada kesan yang dialami negara sekarang. Reaksi-reaksi dari Menteri Pelancongan ketika itu yang berkeras mengatakan bahawa pelancong-pelancong itu adalah sihat, amat mengecewakan.
 
Menteri Kesihatan waktu itu juga senada dengan pandangan Menteri Pelancongan. Malah ada seorang doktor wanita PH yang membandingkan angka kematian disebabkan denggi adalah jauh lebih tinggi jika dibandingkan dengan COVID-19. Jadi tegas beliau, denggi mesti menjadi keutamaan, bukan kerisauan kepada COVID-19 yang beliau sifatkan tidak mengancam. Tetapi sekarang, kelihatan dia pula yang kalut.
 
Tun Mahathir sendiri juga menafikan akan betapa seriusnya wabak ini. Jadi, terkuncilah mulut-mulut rakyat kerana mereka tidak mampu berbuat apa-apa dengan jawapan-jawapan itu. Apatah lagi, mereka semua itu dipilih oleh rakyat. Tidaklah menampakkan kebijaksanaan jika rakyat memaki pilihan mereka sendiri.
 
Setelah Pakatan Nasional dinobatkan menjadi kerajaan baharu kerana perbalahan dalaman PH yang tamakkan jawatan dan ada yang gila-gila mahu menjadi PM (mengikut kata Tun M), maka PN tahu, isu COVID-19 ini akan menjadi penanda aras kepada kewibawaan pemerintahan mereka. Tidak dinafikan ada beberapa kelemahan dalam PN menangani krisis ini, tetapi ia tidak menjejaskan rancangan kerajaan.
 
Menteri-menteri PN, terutamanya dari PAS, diserang dengan sebegitu rupa oleh musuh-musuh politik bagi mengganggu konsentrasi mereka. Ternyata kekuatan PAS amat menggerunkan mereka, kerana tiadalah akan diserang kepada golongan yang lemah secara bertalu-talu, ia tidak cerdik. Pastinya diserang yang kuat.
 
Dan Menteri Alam Sekitar yang begitu ‘cool’ dengan serangan, sebaliknya meminta agar rakyat tidak menyerang wartawan yang dilihat cuba memburukkan nama Menteri. Hinanya cara pemberitaan itu. Yang cuba menghina, kemudiannya diselamatkan oleh yang dihina. Lihat betapa hebat akhlak Menteri dari PAS.
 
Masih tidak puas, maka timbul pula seorang bekas Menteri yang cuba membuat provokasi dengan menghina Presiden PAS. Akhirnya, dia ke balai polis meminta pertolongan kerana disergah oleh anak-anak muda yang cintakan ulamak. Dia kemudiannya meminta maaf dan menjilat kembali ludahan kehinaannya itu.
 
Setelah berbagai cara, berbagai individu dari PH cuba menggelarkan PN sebagai ‘Kerajaan Pintu Belakang’, tetapi KDYMM Sultan Selangor secara jelas pula memberitahu seluruh negara yang kerajaan PN ialah kerajaan yang sah dan mengikut Perlembagaan. Baharulah salakan-salakan PH terhenti.
 
Seorang mantan Menteri yang sangat kuat berkempen ‘Kerajaan Pintu Belakang’ akhirnya mengakui mengenai kebenaran kenyataan Sultan Selangor itu. Sungguh tiada muka golongan ini. Jualan murah tidak laku, makan modal, berhutang sampai bergadai tak mampu bayar, tapi tak mengaku muflis.
 
Kini tiada lagi ungkapan palsu ‘Kerajaan Pintu Belakang’ yang mereka reka itu bagi mencipta kononnya gelombang kebangkitan rakyat. Rakyat sudah bosan untuk berkejaran dengan anggota keselamatan demi seseorang mengejar cita-citanya mahu menjadi Perdana Menteri Malaysia semenjak 1993 lagi.
 
Tidak terhenti setakat itu, PH terus berusaha menggoncangkan Menteri-menteri bagi mengganggu mereka yang sedang bertugas menangani wabak ini. Tanpa ada rasa malu, penat atau menghormati tugasan kakitangan kerajaan yang sangat berdedikasi, sayangkan negara, PH terus berpolitik dan berpolitik.
 
Apabila kerajaan mengeluarkan fatwa menangguhkan semua solat berjemaah dan solat Jumaat di masjid dan surau, PH melihat ini sebagai peluang. Mereka mula melontarkan batu kebencian dengan harapan agar perasaan rakyat berkocak mengutuk tindakan yang tidak popular, yang mesti juga dilakukan kerajaan itu.
 
Aneh, sungguh aneh. Sebaliknya rakyat beragama Islam beramai-ramai menyetujui fatwa kerajaan itu kerana memahami kehendak perubatan yang mahu menjaga nyawa dengan menyekat wabak dari merebak. Itali menjadi contoh kegagalan kerajaan mengawal rakyatnya dan rakyat Malaysia tidak mahu ia terjadi di sini. Gagal lagi PH dengan racun mereka. Rakyat kekal bersama kerajaan dan hormati Menteri Agama.
 
Setelah Perintah Kawalan Pergerakan dikuatkuasakan, masih terdapat ramai rakyat Malaysia yang tidak mengendahkan arahan itu. Akhirnya kes positif COVID-19 meningkat ke angka 1,000. Menteri Pertahanan dengan tegas, telah mengarahkan tentera bagi membantu PDRM untuk mengawal pergerakan rakyat.
 
PH mencuba lagi bagi membuatkan rakyat marahkan kerajaan. Malangnya rakyat sekali lagi akur dengan kehendak kerajaan. Mereka tidak mahu ditambah lagi tempoh sekatan, menyusahkan semua pihak. Oleh itu rakyat yang bertanggungjawab amat bersetuju dengan tindakan kerajaan ini bagi mengawal golongan yang degil. Hanya PH yang setuju dengan golongan degil itu. Mungkin semua itu orang mereka? Siapa tahu kan?
 
Politik PH juga tanpa maruah. Ketika rakyat kesusahan mereka sanggup berpolitik dengan cara murahan hanya kerana mahukan sokongan. Buktinya dahulu ketika rakyat sedang berkabung, ada pimpinan PH pernah berkata tahu beberapa maklumat pesawat MH370. Sehingga sekarang, apa yang didedahkan?
 
Betapa PN mengambil sikap yang sangat baik dengan tidak membangkitkan kesalahan-kesalahan PH ketika menjadi kerajaan dahulu. PN tidak mengambil kredit bagi dividen Tabung Haji, biarpun terhegeh-hegeh bekas Menteri dahulu mengangkat tangan mengaku jasa dialah dividen diberikan lebih tinggi dari tahun lepas. Tahun lepas dividen, dia juga yang beri. Dua-duanya lebih rendah dari tahun-tahun sebelumnya.
 
Idea menghantar pulang kontena sisa plastik dibuat oleh Menteri PH. PH meminta kredit dengan idea itu yang diteruskan oleh Menteri Alam Sekitar. Akhirnya PH tertampar malu kerana PN tidak mengatakan itu idea PN, cuma Menteri akan komited meneruskan idea-idea PH yang baik demi rakyat. Akhirnya kerana kering idea, cadangan Menteri Perusahaan Utama dan Komoditi pula yang dipuji DAP.
 
Menteri-menteri PAS bertenang kerana memahami dan mengamalkan Budaya Politik Matang Sejahtera (BPMS) secara total. Contoh yang paling nyata ialah di Terengganu. Tiada kesalahan kerajaan terdahulu diungkit, semua idea yang baik kerajaan dahulu diteruskan demi rakyat. LGE ikon DAP yang paling dibenci di Malaysia juga turut mencuba nasib mempertikaikan keputusan PM. Tapi, maki hamun yang diterimanya.
 
Sekarang bukan hanya Tun Mahathir, COVID-19 sahaja yang memeningkan PH, malahan sikap kebersamaan rakyat dengan Kerajaan PN sekarang ini juga bikin kepala PH pusing. Semakin dicipta persepsi, semakin PH dibenci. Dan dengan pengumuman harga minyak RM1.44 sekarang. Ianya jelas satu sindiran dari PN kepada PH. Kerana PH yang membuat janji, gagal dipenuhi. Tetapi sebaliknya PN yang tunaikan.
 
Saya ulang…..!!!

Advertisement

MOHD NASIR ABDULLAH
21 Mac 2020 – HARAKAHDAILY 21/3/2020