Kelantan beri bantuan kewangan mangsa Covid-19

KOTA BHARU: Prihatin dengan nasib rakyat, kerajaan Kelantan melalui insentif daripada Peruntukan Khas (Bayaran One-Off) untuk membantu mangsa Covid-19 di negeri itu.

Menteri Besar Kelantan, Dato’ Bentara Kanan Ahmad Yakob berkata, peruntukan khas itu merangkumi bayaran sebanyak RM300 untuk satu keluarga pesakit yang positif Covid-19 bagi golongan B40.

Advertisement

Selain itu, bayaran sebanyak RM300 bagi satu keluarga turut diberikan kepada golongan B40 yang diletakkan di bawah pengawasan berpusat kerana Covid-19.

“Bayaran sebanyak RM500 kepada waris mangsa Covid-19 yang meninggal dunia bukan merupakan peserta Skim Kifaalah Kerajaan Negeri Kelantan.

“Semua pembayaran akan diberikan kepada keluarga mangsa,” katanya melalui kenyataan akhbar hari ini.

Berdasarkan laporan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), negeri Kelantan mencatatkan sejumlah 61 kes Covid-19 setakat jam 12 tengahari tadi.– HARAKAHDAILY 21/3/2020