Data Covid-19 mengikut kawasan

SEJUMLAH 27 kes telah pulih menjadikan 114 telah sembuh dan telah keluar daripada hospital setakat 21 Mac.

Advertisement

Mengikut data dalam jadual yang disebar Kementerian Kesihatan Malaysia, Petaling Jaya mencatatkan kawasan tertinggi jumlah terkesan Covid-19 setakat semalam.

Terdapat 153 kes positif Covid-19 yang baru dilaporkan semalam dan menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 1,183 kes setakat jam 12 tengahari semalam (21 Mac 2020) tidak termasuk yang akan diumumkan hari ini.


Daripada 153 kes positif ini, 90 kes berkaitan kluster perhimpunan tabligh. Jumlah kematian pula 8 orang setakat jam 6.30 petang semalam.


Sehingga kini, sejumlah 37 kes positif Covid-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi. 23 daripada jumlah ini memerlukan bantuan pernafasan. – HARAKAHDAILY 22/3/2020