Satu lagi kematian direkodkan hari ini

KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan Malaysia memaklumkan sehingga kini, terdapat pertambahan satu (1) lagi kes kematian baru berkaitan Covid-19 telah dilaporkan ke Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan.

Advertisement

Laporan terbaru ini menjadikan jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia sebanyak sembilan (9) setakat ini.

Menurut kenyataan Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Dato’ Dr Noor Hisham Abdullah, kematian kesembilan adalah merupakan kes kematian pertama di kalangan kakitangan kesihatan yang melibatkan seorang lelaki warganegara Malaysia (kes ke-890) berusia 48 tahun.

Almarhum  merupakan seorang doktor perubatan KKM. 

Beliau mempunyai sejarah perjalanan ke negera Turki dan telah dimasukkan ke Hospital Tuanku Fauziah, Kangar pada 17 Mac lalu setelah mengalami simptom Severe Acute Respiratory Infection. 

Beliau telah disahkan positif COVID-19 pada 18 Mac dan diberikan bantuan alatan pernafasan sejak 19 Mac setelah keadaan kesihatan beliau merudum. 

Beliau disahkan meninggal dunia pada jam 10.33 pagi tadi.

Kes jangkitan Covid-19 ini disyaki bukan dari kalangan barisan hadapan (frontliners) mahupun daripada kalangan rakan kerja (working colleague) yang berhadapan dengan pesakit Covid-19. 

Ianya adalah berkait dengan sejarah perjalanan ke luar negara. – HARAKAHDAILY 22/3/2020