Covid-19: Lelaki 70 tahun korban ke-11

KUALA LUMPUR: Satu lagi kes kematian berkaitan Covid-19 menjadikan jumlah kumulatif kes disebabkan wabak berkenaan di negara ini sebanyak 11 orang setakat ini.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam satu kenyataan berkata kes kematian kesebelas ini merupakan kes ke-1070, seorang warganegara Malaysia berusia 70 tahun dengan latarbelakang penyakit kronik.

Advertisement

Menurut kenyataan itu, mangsa mempunyai sejarah perjalanan ke Indonesia pada bulan Februari 2020 dan merupakan pengerusi surau kawasan setempat.

“Beliau telah mula menunjukkan gejala seminggu sebelum dimasukkan ke Hospital Canselor Tuanku Muhriz UKM pada 18 Mac 2020.

“Beliau telah disahkan positif COVID-19 pada 19 Mac 2020 dan diberi bantuan pernafasan di Unit Rawatan Rapi (ICU),” kata KKM dalam satu kenyataan Facebook hari ini.

Kesihatan mangsa dilaporkan merosot hari demi hari dan telah disahkan meninggal dunia pada 22 Mac 2020 jam 9.05 malam tadi.- HARAKAHDAILY 23/3/2020