Indeks jenayah di Kelantan turun

KOTA BHARU: Indeks jenayah di Kelantan yang melibatkan jenayah kekerasan dan harta benda turun sejak enam hari Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasa.

Advertisement

Timbalan Ketua Polis Kelantan SAC Abdullah Muhammad Piah berkata, jenayah kekerasan turun sebanyak tujuh daripada 13 kes berbanding sebelum itu.

“Begitu juga jenayah harta benda turun kepada 26 daripada 44 kes bagi tempoh yang sama sebelum PKP,” katanya selepas menerima kunjungan Menteri Besar Kelantan Ustaz Dato’ Bentara Kanan Ahmad Yakub meninjau anggota polis dan tentera mengawal sekatan jalan raya di Pasir Pekan, dekat sini semalam.

Beliau juga berkata, antara sebab berlakunya penurunan itu kerana PKP yang dilaksanakan sejak enam hari lalu.

Selain itu tuan rumah banyak berada di rumah, tidak memberi peluang kepada penjenayah untuk menjalankan aktiviti pecah rumah.

HARAKAHDAILY 24/3/2020