Ayuh puasa Isnin, Khamis – Presiden PAS

KUALA LUMPUR: Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menyeru seluruh umat Islam di Malaysia agar berpuasa sunat pada Isnin dan Khamis.

Advertisement

Dalam satu rayuan yang disiarkan di laman Facebooknya, Tuan Guru Abdul Hadi juga menyarankan masjid dan surau juga digalakkan mengalunkan bacaan Al-Quran pada setiap Kali selepas Azan.

Tuan Guru Abdul Hadi berkata, ia sebahagian ikhtiar ibadah dan doa hambaNya agar semua dilindungi daripada penularan Wabak COVID19 ini.

Terdahulu, Dewan Ulamak PAS Pusat menyeru umat Islam berpuasa dan solat hajat pada esok hari.

Kata ketuanya, Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh, ia satu usaha munajat kepada Allah dalam memohon agar selamat dari wabak ini.

Sementara itu, beliau menegaskan bahawa situasi negara kini dalam keadaan yang begitu serius.

Beliau berkata, semua rakyat perlu memastikan tindakan mereka patuh kepada arahan semasa dari pihak Kerajaan Persekutuan dan informasi Kementerian Kesihatan Malaysia bagi memutuskan rantaian jangkitan kesan penularan wabak COVID-19.

Di samping itu, DUPP juga mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang bertugas khususnya mereka yang berada di barisan hadapan dalam krisis ini sama ada dari sudut rawatan dan perubatan serta pihak kawalan dan keselamatan.

  • HARAKAHDAILY 25/3/2020