Keperluan harian masih mencukupi – MB

TUMPAT: Kerajaan memberi jaminan barangan keperluan harian masih mudah untuk diperolehi ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sekarang.

Advertisement

Menteri Besar Ustaz Dato’ Bentara Kanan Ahmad Yakob berkata, perkara itu diberi jaminan pihak Majlis Keselamatan Negeri (MKN) Khas.

Katanya, jika putus bekalan makanan orang ramai boleh memaklumkan kepada MKN Khas bagi membolehkan diambil tindakan segera.

Oleh itu kata beliau peniaga diingatkan tidak menaikkan harga barang jualan dalam keadaan PKP sekarang.

“Amat tidak wajar peniaga berbuat demikian kerana ia lebih menyukarkan orang ramai. Ketika pengkuatkuasaan PKP sewajarnya semua pihak bertolak ansar antara satu sama lain.

“Rakyat di kampung ramai tidak boleh bekerja dan mereka berhadapan pula dengan harga barangan yang tinggi,” ujarnya ketika ditemui selepas Menteri Besar menyampaikan bantuan kepada penduduk di Kampung Alor Pasir, Pasir Pekan hari ini.

Seramai 400 penduduk miskin menerima bantuan fasa pertama itu di mana kehidupan mereka terjejas berikutan penularan Covid-19. – HARAKAHDAILY 25/3/2020