PKP: PAS Bakri bantu penduduk terjejas pendapatan

BAKRI: PAS Kawasan Bakri memahami dan prihatin terhadap kekangan dihadapi penduduk yang tidak kurang terkesan oleh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berikutan penularan COVID-19.

Advertisement

Sehubungan itu, dengan kerjasama Khidmat Malaysia, PAS Cawangan-cawangan dan Pertubuhan Kebajikan Muafakat Bakri, sumbangan kebajikan telah digerakkan untuk menyampaikan keperluan kepada penduduk.

Pemberian berupa barangan asas dapur tersebut bertujuan meringankan beban penduduk dalam kalangan asnaf dan mereka yang memerlukan kerana terjejas pendapatan berikutan arahan itu.

Sumbangan diserahkan sendiri Yang DiPertua PAS Bakri, Ustaz Kamalul Nizam Suhut bersama Timbalan dan Naib Yang DiPertua PAS Bakri, Ustaz Muhammad Asri Abd Rahman dan Yusup Ab Rahman.

Turut serta adalah Setiausaha Kerja PAS Bakri, Muhammad Firdaus Mohamad Shahir serta Ahli Jawatankuasa PAS Bakri, Abd Rashid Abd Rahman dan Arshed Yahya dalam kunjungan terhad itu.

Inisiatif seumpama tersebut juga telah dilaksanakan sebelum arahan PKP termasuk pada awal minggu lalu dan semalam dalam usaha memastikan sumbangan dermawan sampai kepada penerima.

Orang ramai dialu-alukan terus menyokong usaha ini menerusi sumbangan ke akaun Maybank 5510 4352 0996 atas nama PAS Kawasan Bakri dan pertanyaan hubungi 019-705 5565 (Bendahari-Syukri). – HARAKAHDAILY 25/3/2020