Sambutan Hari Polis : Hargai wira-wira negara

PAS mengucapkan Selamat Menyambut Hari Polis kepada seluruh anggota Polis Diraja Malaysia kali ke-213 pada tanggal 25 Mac 2020 tahun ini. 

Advertisement

Komitmen sebagai anggota Polis dalam menjaga keselamatan dan keamanan adalah tugas yang amat berat untuk dipikul.

Kesediaan berkorban jiwa raga demi rakyat dan negara adalah suatu nilai yang tiada taruhannya. Dengan Izin-Nya, kerana anda kami selamat. 

PAS menyeru rakyat Malaysia terus kekal mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan sebagai tanda kerjasama dan membalas jasa pihak polis serta seluruh barisan hadapan demi kesejahteraan bersama. 

‘Polis dan Masyarakat Berpisah Tiada’
‘Islam Memimpin Perpaduan’


KAMARUZAMAN MOHAMAD

Ketua Penerangan PAS Pusat

HARAKAHDAILY 25/3/2020