Bongkar: Disebalik cubaan fitnah ke atas Menteri Agama

PENULIS asal artikel Malaymail yang memfitnah Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri bernama Radzi Razak membuat satu komen beserta screenshot perbualannya dengan Ustaz Razif (pegawai Dr Zul) seolah-olah artikelnya tiada masalah malahan direstui oleh pihak Menteri. Apakah itu suatu kebenaran mutlak atau half truth?

Melalui perbualan saya dengan Ustaz Razif, beliau telah cuba untuk menghubungi Radzi Razak berkali-kali tetapi tak dapat. Alhamdulillah lepas beberapa kali, baru Radzi menjawab panggilan dia berjanji berkali-kali nak edit. Selepas call pertama, dia call balik dan janji lagi. Anda rasa siapa yang bercakap benar di sini?

Selain itu, penipuan orang atasan Radzi Razak di MalayMail iaitu Asst Editor, Zurairi kononnya Dato’ Seri Dr Zul ‘misspoke’ dibantah dengan tegas oleh Menteri sendiri dengan jawapan ‘No‘. Lepas dibongkar, berlakon kononnya menjadi mangsa sedangkan merekalah pemangsa. Pemangsa berlakon menjadi mangsa untuk menagih simpati untuk menuduh orang Islam yang mengatakan kebenaran sebagai ekstremis?

Advertisement

Siti Kasim pun turut komen sekali? Well, birds of the same feather flock together. Pesanan untuk Siti Kasim yang rajin bertanya di mana duit zakat, harap dia juga rajin membaca apa inisiatif yang telah dilakukan oleh beberapa Lembaga Zakat Negeri.

Rajin membaca dan mengkaji amalan yang mulia. Menyalak, menjerit dan menunjukkan isyarat lucah cara senang mendapatkan perhatian. Rajin-rajinlah membaca dan mengkaji. Jangan seperti katak bawah tempurung kononnya seorang yang open tetapi tutup ruangan komen kepada orang awam tetapi hanya untuk orang yang setuju dengan dia sahaja. Liberal? Mungkin saya lebih Liberal?

Manusia pasti tidak lari dari melakukan kesilapan kerana bumi mana yang tidak ditimpa hujan dan manusia mana yang tidak melakukan kesilapan. Oleh itu Nabi Muhammad S.A.W bersabda;

“Kesemua anak Adam itu melakukan kesilapan, dan sebaik-baik orang yang melakukan kesilapan itu adalah mereka yang bertaubat.”

(Hadis Riwayat Ibn Majah No. 4392)

Setelah dibuktikan kesilapannya, pihak Malaymail, penulis artikel itu Radzi Razak serta Asst News Editor Zurairi masih enggan mengakui kesilapan mereka! Bukti rakaman video pun dah jelas kenapa mereka masih mahu menegakkan benang yang basah?

Bukan sahaja tidak mengakui kesilapan malahan dengan penuh kesombongan mengatakan “Tidak mahu meminta maaf”! Andai mereka menyalahkan pihak Dr Zul, apa pula respons mereka kepada pihak Sinar Harian dan Harian Metro yang melaporkan berita yang sama tetapi tidak pun mereka menulis dana itu semata-mata untuk Muslim sebagaimana ditulis oleh MalayMail?

Telinga mereka yang bermasalah atau hati mereka yang berpenyakit sebenarnya? Saya juga ingin menasihati diri dan sahabat semua jangan mengeluarkan kata-kata kesat dan jangan libatkan ahli keluarga mereka yang terlibat. Mereka tiada etika dan akhlak jangan pula kita mengikuti jejak langkah mereka yang buruk itu.

Andai wartawan dan editor pun enggan meminta maaf setelah dibuktikan memfitnah, saya akan merasa terkejut andai Siti Kasim memadamkan posting beliau dan meminta maaf kerana tangan terlajak laju dari otaknya.

Media Liberal ada dana dan penyumbang. Kami sebagai NGO akan terus memantau dan membongkar fitnah dan agenda kalian khususnya terhadap Islam dan Muslim.

FIRDAUS WONG WAI HUNG 
Presiden Multiracial Reverted Muslim (MRM) – HARAKAHDAILY 26/3/2020

PENAFIAN:
HarakahDaily tidak bertanggungjawab terhadap pandangan yang dikemukakan daripada artikel ini. Ia pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya menggambarkan pendirian HarakahDaily mahupun pendirian rasmi PAS. Segala risiko akibat penyiaran ini menjadi tanggungjawab penulis sendiri.